SEREMBAN – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mengumumkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri(PRN) Negeri Sembilan, 1 Ogos ini.
Presiden MUDA, Amira Aisya Abd Aziz berkata, keputusan itu dibuat bagi memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan parti sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
“Biro politik MUDA bersama dengan MUDA Negeri Sembilan telah membuat keputusan untuk tidak bertanding dalam PRN negeri ini bagi memberi tumpuan membina kekuatan MUDA bagi menghadapi PRU16.
“MUDA mengambil keputusan untuk memberi sokongan yang penuh kepada calon-calon daripada blok progresif daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan juga sahabat kami daripada Parti Orang Asli Malaysia (ASLI),” katanya dalam sidang media di Pejabat PSM Negeri Sembilan di sini pada Khamis.
ARTIKEL BERKAITAN: Bersama tidak sertai PRN Negeri Sembilan, beri tumpuan kepada Melaka
Sokongan Melayu merosot di Johor, PH rombak strategi hadapi PRN Negeri Sembilan – Amirudin
‘Formula Johor’ boleh jadi resipi BN
Selain itu beliau berkata, walaupun MUDA tidak memenangi mana-mana kerusi yang ditandingi dalam PRN Johor, namun parti itu merekodkan peningkatan peratusan undi berbanding ketika bertanding di enam negeri pada pilihan raya 2023.
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Linggi bukan kerusi selamat, itu kubu kuat BN’ – Aminuddin
DAP anggap Aminuddin panglima perang, pilih sebagai ‘poster boy’ PH
Jangan jadikan krisis institusi Diraja sebagai bahan kempen – PM
PRN Negeri Sembilan: Aminuddin tinggalkan Sikamat, bakal bertanding di Linggi
Menurutnya, peningkatan tersebut menunjukkan semakin ramai rakyat mula menerima suara blok progresif.
“MUDA Negeri Sembilan akan menggembleng tenaga bagi membantu kempen calon-calon blok progresif dengan membawa isu ekonomi rakyat, perubahan iklim, hak asasi, kesihatan dan pendidikan sepanjang PRN Negeri Sembilan.
“Saya juga akan turun berkempen untuk calon-calon blok progresif. Semoga pilihan raya kali ini kita dapat menunjukkan betapa pentingnya suara blok progresif dalam landskap politik Malaysia,” katanya.
Untuk rekod, pada PRN 2023, MUDA hanya mempertaruhkan seorang calon iaitu Ahmad Qusyairi Abdull Rahim di DUN Temiang.



