Pelakon dan penyanyi Bella Astillah berkongsikan momen rasa gementar apabila terlihat wajah bakal ibu mentuanya ketika majlis khatam Al-Quran semalam.
Menerusi perkongsian di Instagram, Bella berseloroh mengatakan nasib baik dia tidak terbaca doa makan ketika majlis berkenaan.
BACA: “Bersyukur Allah Berikan Peluang Sekali Lagi” – Bella Astillah
Bagaimanapun, ibu kepada Syed Saddiq iaitu Sharifah Mahani berkata dia melihat Bella tidak gemuruh di majlis tersebut dan dalam keadaan baik sahaja.
Sementara itu, Bella turut berkongsikan mengenai kepentingan mencari ketenangan menerusi ayat-ayat Al-Quran sebelum diijabkabulkan.




