LATEST

PAC mula prosiding siasatan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah 25 November ini

PAC mula prosiding siasatan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah 25 November ini

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding pertama siasatan berhubung pengurusan Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah Fasa 1 pada Rabu depan (25 November).Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, jawatankuasa itu akan memanggil saksi utama daripada Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah serta pihak terlibat dalam pengurusan dan pelaksanaan projek termasuk pegawai serta individu yang pernah berkhidmat sejak projek tersebut mula dirancang.Beliau berkata, buat julung kalinya, PAC menjemput PAC Sabah untuk menyertai prosiding sepanjang siasatan isu berkenaan yang dijalankan susulan pendedahan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2026.”PAC tidak akan berkompromi dengan sebarang pelanggaran tatacara kewangan mahupun unsur salah guna kuasa dan tidak membiarkan mana-mana pihak bertanggungjawab terlepas daripada dipertanggungjawabkan,” katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen pada Khamis. Mas Ermieyati berkata, wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang merupakan ahli ex-officio PAC juga akan menghadiri setiap prosiding dan PAC akan merujuk sebarang penemuan salah laku kepada SPRM untuk tindakan lanjut.Beliau berkata, PAC telah mengadakan sesi perbincangan selama sejam setengah bersama lima Ahli Parlimen Sabah pada Rabu bagi mendapatkan gambaran sebenar di lapangan sebelum saksi-saksi rasmi dipanggil.Lima wakil rakyat dipilih berdasarkan kawasan Parlimen yang mencatatkan prestasi kemajuan kerja fizikal paling kritikal serta berstatus sakit dan lewat itu ialah Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Mohammad Yusof Apdal (Lahad Datu) dan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (Beluran).Selain itu, Datuk Seri Madius Tangau (Tuaran), Datuk Siti Aminah Aching (Beaufort) dan Isnaraissah Munirah Majilis (Kota Belud).”Mereka berkongsi secara langsung keadaan di tapak pembinaan. Masalah harian terpaksa ditanggung rakyat serta ancaman keselamatan dan nyawa yang membahayakan pengguna jalan raya akibat projek tertangguh terlalu lama,” katanya. Beliau berkata gambaran sebenar di lapangan memberikan pemahaman yang lebih jelas mengenai punca masalah bagi membantu PAC membuat siasatan lebih tepat. – Bernama    

Latest news