LATEST

Speedy Tigers mudah belasah Kanada 6-0

Speedy Tigers mudah belasah Kanada 6-0

IPOH: Malaysia meneruskan rentak cemerlang dalam aksi Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2026 dengan dengan kemenangan 6-0 ke atas Kanada, sebentar tadi.

Faizal Saari dan masing-masing satu oleh Azrai Aizad Abu Kamal dan Amirul Hamizan Azahar adalah penyumbang gol Speedy Tigers.

Baca juga: ‘Ayah hanya satu, tiada pengganti’ – Azwan AF2014 tolak tepi soal kahwin demi jaga bapa uzur

Di hadapan hampir 2000 penokong anak buah Brendan Carolan mempamer aksi kemas dan bertenaga untuk tidak memberi ruang kepada lawan.

Dengan kemenangan ini Malaysia terus menghimpit Australia dan Pakistan yang turut memenangi perlawanan masing-masing.

Australia membelasah Korea Selatan 7-1 manakala Pakistan membenam USA 5-1.

Peluang berehat esok pasti digunakan semua pasukan untuk mengembalikan kesegaran pemain selepas beraksi dua perlawanan berturut-turut.

Speedy Tigers akan bertemu Australia pada 24 November dan Pakistan 26 November. – UTUSAN

The post Speedy Tigers mudah belasah Kanada 6-0 appeared first on Utusan Malaysia.

Latest news