Oh! Artis
Rita Rudaini tegur budaya kroni dan pilih kasih yang didakwa berlaku dalam persekitaran sekolah.
Pelakon Rita Rudaini tampil menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap budaya kroni, pilih kasih dan campur tangan politik yang didakwanya semakin dianggap perkara biasa dalam persekitaran sekolah.
Menerusi perkongsian di Threads, Rita menegaskan setiap ibu bapa sepatutnya menerima layanan yang adil tanpa perlu menggunakan nama, status atau mempunyai hubungan dengan pihak tertentu.
Rita Rudaini tegur budaya kroni di sekolah
Menurut Rita, seseorang tidak perlu menjadi individu kenamaan atau mempunyai ‘kabel’ untuk dihormati dan mendapatkan hak yang sepatutnya.

Dalam perkongsian sama, Rita berkata budaya sedemikian bukan sahaja memberi kesan kepada ibu bapa, malah boleh meninggalkan pengaruh buruk terhadap kanak-kanak yang sedang belajar mengenai kehidupan.
Rita turut menegaskan bahawa statusnya sebagai selebriti tidak pernah digunakan untuk mendapatkan layanan istimewa daripada pihak sekolah.
Menurutnya lagi, dia memilih untuk berdiri bersama ibu bapa lain dengan mematuhi peraturan yang sah dan bukannya peraturan yang didakwa direka mengikut kehendak pihak tertentu.
Pelakon itu turut menyatakan kesediaannya menjadi suara kepada golongan ibu bapa walaupun terpaksa berdepan tindakan undang-undang.
Bagaimanapun, Rita tidak menjelaskan secara terperinci mengenai insiden, sekolah atau pihak yang dimaksudkan dalam perkongsian tersebut.
Pssttt! Sekolah sepatutnya menjadi tempat anak-anak belajar mengenai keadilan, integriti dan sikap saling menghormati. Sebarang dakwaan berkaitan pilih kasih atau layanan tidak adil wajar diteliti secara telus supaya kebajikan pelajar serta kepercayaan ibu bapa terus terpelihara.
Kredit: Thread Rita Rudaini
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




