Terbuka Indonesia: Sze Fei-Nur Izzuddin ke final, kejutkan beregu nombor satu dunia

Terbuka Indonesia: Sze Fei-Nur Izzuddin ke final, kejutkan beregu nombor satu dunia
Terbuka Indonesia: Sze Fei-Nur Izzuddin ke final, kejutkan beregu nombor satu dunia

Goh Sze Fei (kanan) dan Nur Izzuddin (kiri) berjaya ke perlawanan akhir Terbuka Indonesia. FOTO: BERNAMA

BEREGU lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani melakar kejutan besar apabila berjaya melangkah ke perlawanan akhir kejohanan badminton Terbuka Indonesia pada Sabtu.

Pasangan yang menduduki ranking kelapan dunia itu mempamerkan aksi cukup bertenaga untuk menewaskan beregu nombor satu dunia yang juga juara bertahan, Kim Won-ho – Seo Seung-jae dari Korea Selatan dalam aksi separuh akhir.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta itu, Sze Fei-Nur Izzuddin mencatatkan kemenangan menerusi permainan tiga set 21-18,17-21,21-16

Di pentas final nanti, Sze Fei-Nur Izzuddin dijadualkan bertemu wakil tuan rumah, sama ada gandingan Sabar Karyaman Gutama–Moh Reza Pahlevi Isfahani, atau Raymond Indra-Nikolaus Joaquin yang akan turun beraksi dalam satu lagi perlawanan separuh akhir sebentar lagi.

Scroll to Top