Sebelum ini, bekas isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah atau Dr Fie meminta bukti susulan dakwaan dia berhutang sebanyak RM2.3 juta.
Menerusi satu podcast bersama Datuk Seri Aliff Syukri, suami Dr Fie iaitu Kapten Amrul Nizar menafikan dakwaan isterinya mempunyai masalah kewangan.
Baca juga: Bukit Aman, polis Thailand kesan dalang seludup 240kg syabu
BACA: “Buktikanlah Kalau Itu Hutang Saya”
Menurut Kapten Amrul lagi, dia juga pernah menyemak kewangan Dr Fie menerusi sistem CTOS sebelum mereka berkahwin dan isterinya tiada hutang.
“Dia mana ada hutang. Hutang dia cuma hutang kereta dan rumah… Iitu perkara biasa. Bukan hutang yang dalam rekod CTOS tulis ‘poor’, dia masih dalam keadaan ‘fair’ ke atas,” katanya.
Sementara itu, Dr Fie berkata sebelum ini pendapatannya sebagai doktor kerajaan kira-kira RM4,000 sebulan tidak cukup untuk memiliki aset bernilai tinggi seperti rumah.
Kongsi Dr Fie lagi, sumber pendapatan tambahan dalam perniagaan menjana pendapatan lebih lumayan dan suaminya turut mendedahkan pendapatan isterinya boleh mencecah lima hingga enam angka.
“Kalau saya gaji doktor RM4,000 lebih, memang tak lepas pinjaman rumah. Mestilah kalau berniaga, pendapatan lebih tinggi daripada gaji doktor. Secara kasarnya lima angka,” katanya.
Sumber: BH Online