SHAH ALAM – Malaysia menerusi Lembaga Tabung Haji (TH) menerima penghargaan daripada The Kingdom of Saudi Arabia Project for Utilization of Hady & Adahi (Adahi).TH berkata, penghargaan tersebut atas kerjasama dan sumbangan dalam menjayakan pengurusan ibadah qurban serta dam di Tanah Suci pada musim haji 1447H/2026M yang lalu.”Adahi, di bawah seliaan The Royal Commission for Makkah City and Holy Sites merupakan inisiatif Kerajaan Arab Saudi bagi tujuan penyelarasan pelaksanaan ibadah qurban, dam, fidyah, sedekah dan akikah.”Ia merangkumi pengurusan penyembelihan di tujuh kompleks pemprosesan bersepadu di Makkah, seterusnya pengagihan kepada golongan yang layak di lebih 27 negara di seluruh dunia,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota rasmi jemaah haji Malaysia seramai 31,600 orang.
TH terima penghargaan Arab Saudi atas kerjasama urus ibadah qurban, dam musim Haji 2026
Malay News | https://www.malay.news/th-terima-penghargaan-arab-saudi-atas-kerjasama-urus-ibadah-qurban-dam-musim-haji-2026/