Trooper perkenal, bantu promosi TMPs, Perlis Geopark di Indonesia

Trooper perkenal, bantu promosi TMPs, Perlis Geopark di Indonesia

KANGAR: Persatuan Pelancongan dan Rekreasi Negeri Perlis (Trooper) dengan kerjasama komuniti Dieng Geopark mengambil inisiatif memperkenalkan Perlis Geopark melalui aktiviti ekonomi komuniti bersempena Dieng Cardera Race di Jogjakarta, Indonesia.

Selain itu, delegasi Trooper diketuai Pengerusinya, Ku Hasrin  Ku Abdul Rahman turut mempromosi acara sukan pelancongan dan Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2026.

Ku Hasrin berkata, acara berkenaan disertai hampir 2,000 peserta membabitkan enam buah negara.

Beliau berkata, pihaknya mengambil kesempatan tersebut bagi mempromosi Perlis dalam kalangan peserta dan pelancong pelbagai negara yang hadir bersempena Dieng Cardera Race 5.0 itu.

“Nakawan Ultra turut bekerjasama dalam mempromosi acara di Jawa Tengah dan Utara semenanjung Malaysia sempena Tahun Melawat Perlis dan Tahun Melawat Malaysia

“Antara yang menarik dan banyak pertanyaan daripada pengunjung dari Indonesia, Singapura serta Malaysia sendiri ialah mengenai Awang Batil.

“Ramai yang mengunjungi booth bagi mendapat maklumat mengenai pelancongan sukan Perlis itu,” katanya di sini hari ini.

Ku Hasrin berkata, sebelum ini, beliau turut berpeluang ke Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) di Batam, Indonesia untuk mempromosi aktiviti dan acara pelancongan sukan di Perlis.

“Kita sama-sama terus mempromosi sambil terus membina rangkaian baru di negara-negara jiran,” katanya.-UTUSAN

Scroll to Top