Ustaz Kazim Elias Masih Lemah, Belum Mulakan Aktiviti Ceramah

Ustaz Kazim Elias Masih Lemah, Belum Mulakan Aktiviti Ceramah

Abang kepada pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias iaitu Datuk Mohd Najmuddin Elias berkongsi keadaan terkini selebriti itu yang masih berada dalam keadaan lemah.

Menerusi perkongsian di Facebook, Najmuddin memaklumkan Ustaz Kazim belum memulakan sebarang aktiviti ceremah semenjak keluar dari hospital.

“Perlu saya jelaskan keadaannya masih belum pulih sepenuhnya, masih lemah dan belum memulakan sebarang ceramah setelah keluar dari hospital tempoh hari.

“Kami pihak keluarga memang tidak menggalakkan beliau menerima jemputan sebarang ceramah dalam waktu pemulihan ini. Biarlah dia betul-betul pulih,” tulisnya.

Dalam masa sama, Najmuddin turut menjelaskan kemunculan Ustaz Kazim dalam sesi siaran langsung baru-baru ini adalah atas komitmen menyampaikan taklimat.

“Beliau yang dilihat dalam keadaan lemah dan menahan sakit terpaksa menyampaikan sedikit taklimat kepada pelawat dari sebuah jabatan penting dari Putrajaya. Bukan ceramah pun.

“Semoga penerangan ini memberi sedikit penjelasan kepada mereka yang tertanya-tanya keadaan beliau.

“Saya menjangkakan ambil masa juga untuk beliau kembali aktif seperti sebelum ini. Teruskan berdoa. Terima kasih,” tulisnya lagi.

Sebelum ini, Ustaz Kazim menerima rawatan memasang belon pada saluran darah di Hospital Pakar KPJ Ipoh.

Scroll to Top