LATEST
National

Ayda Jebat kongsi suami dijangkiti influenza, hidung berdarah tanpa henti

Ayda Jebat kongsi suami dijangkiti influenza, hidung berdarah tanpa henti

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat berkongsi suaminya, Nabil Mahir kini berada dalam keadaan lemah selepas disahkan demam akibat dijangkiti influenza sejak dua hari lalu.

Baca juga: Tips Ke Melaka Hujung Minggu: Itinerari Dua Hari

Susulan jangkitan itu, suhu badan Nabil, 38, terlalu panas hingga menyebabkan hidungnya berdarah tanpa henti sebanyak empat kali sehari sejak kelmarin dan semalam.

“Dia sedang kuarantin di rumah sejak dua hari lalu, tapi hidungnya berdarah tanpa henti. Saya baru nak bawa anak-anak keluar dari hospital dan ambil dia pula untuk dibawa ke hospital kerana dia memang tak boleh bangun dan menjawab panggilan telefon.

“Saya rasa memang suhu (badan) dia panas sangat, sebab itu berlaku pendarahan. Satu hari dalam empat kali, sejak semalam dan kelmarin. Memang kena buat pemeriksaan lagi, hari ini dan doktor minta dia datang semula,” katanya kepada Harian Metro.

Mengulas lanjut mengenai punca jangkitan, Ayda memaklumkan suaminya dipercayai dijangkiti selepas menjaga anak ketiga mereka, Anggun Mikayla atau Mimi yang turut menerima rawatan di hospital sebelum ini.

“Saya rasa dia pernah kena sebelum ini dan ini kali kedua. Dia dikesan sebab ‘dapat’ daripada Mimi, dia jaga Mimi semasa saya berada di hospital juga.

“Keesokkan harinya dia rasa tak sihat dan terus buat ujian calitan (swab test) sebelum disahkan dijangkiti,” katanya.

Dalam pada itu, Ayda turut menitipkan pesanan kepada orang ramai agar mengambil suntikan vaksin serta segera kuarantin sekiranya tidak sihat.

“Saya nak pesan kepada yang belum ambil vaksin, boleh ambil vaksin. Bukan cakap ambil vaksin ini tak boleh kena, cuma kalau kena mungkin tak sakit sangat rasanya.

“Kalau kepada mereka yang sakit, cepat-cepatlah kuarantin dan jangan keluar berjalan-jalan supaya tak sebarkan penyakit,” katanya.

Di Instagram, Ayda turut memuat naik foto dan video memaparkan keadaan terkini Nabil.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More in National

View all

Latest news