Donald Trump Bengang Bekalan Senjata AS Kurang Nak Serang Iran | Oh! Tidak – Oh! Media

Donald Trump Bengang Bekalan Senjata AS Kurang Nak Serang Iran | Oh! Tidak – Oh! Media

Oh! Tidak

Kekurangan bekalan senjata AS didakwa menjadi faktor Donald Trump tidak meneruskan serangan besar-besaran terhadap Iran.

Bukan sekadar soal strategi di medan perang, kekurangan senjata didakwa menjadi antara faktor Amerika Syarikat tidak meneruskan serangan besar-besaran terhadap Iran.

Laporan The Washington Post pada Rabu mendakwa isu bekalan senjata itu turut mencetuskan ketegangan antara Presiden Donald Trump dan Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth.

Trump dilaporkan kecewa selepas mendapati maklumat yang diterimanya mengenai kedudukan bekalan senjata AS tidak seperti yang disangkakan.

Stok misil Amerika Syarikat menyusut

Kredit Foto Axios

Trumot turut didakwa meluahkan kemarahan terhadap Hegseth di luar mesyuarat Kabinet di Kem David pada minggu lalu.

Menurut dua sumber yang menyaksikan situasi tersebut, Trump sebelum ini menyangka masalah bekalan peluru telah diselesaikan sehingga beliau memberitahu umum bahawa stok berkenaan mencukupi.

Ohmedia lembu Donald Trump

Dalam tempoh awal konflik, penggunaan persenjataan AS dilaporkan berlaku pada skala besar sehingga memberi tekanan kepada simpanan sedia ada.

Dalam bulan pertama pertempuran sahaja, AS telah melancarkan lebih 850 peluru berpandu Tomahawk dan lebih 1,000 misil Patriot dan Sistem Pertahanan Antipeluru Berpandu Terminal Altitud Tinggi (THAAD).- Jelas laporan itu.

AS juga dilaporkan menggunakan lebih 1,300 peluru berpandu balistik taktikal sepanjang fasa awal konflik tersebut.

Donald Trump hentikan serangan besar-besaran

Ohmedia peluru berpandu iran israel

Kekurangan bekalan terutama misil jarak jauh dan peluru pemintas pertahanan udara kemudian didakwa menjadi antara sebab Trump tidak meneruskan serangan besar-besaran tambahan terhadap Iran.

Sebaliknya, beliau dilaporkan meneruskan retorik ugutan terhadap Teheran ketika konflik di Asia Barat masih belum reda.

Dalam masa sama, simpanan peluru berpandu jarak dekat ATACMS yang turut menjadi permintaan utama Ukraine kini dilaporkan hampir kehabisan.



OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top