am@hmetro.com.my
Baca juga: 5,000 pelari semarakkan Royal Klang Marathon 2026
Kuala Krai: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 20 bulan dilaporkan hilang di kawasan sekitar rumahnya di Kampung Bechah Salak, di sini, petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Penolong Kanan Penguasa Bomba Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 6.37 petang.
Katanya, sejurus menerima maklumat seramai sembilan anggota dari BBP Kuala Krai bergegas ke lokasi dan tiba pada jam 6.44 petang selepas menempuh perjalanan sejauh kira-kira 10 kilometer.
“Operasi mencari dan menyelamat segera dijalankan di beberapa kawasan berhampiran termasuk sekitar rumah, kolam dan kawasan hutan berdekatan.
“Operasi pencarian itu turut mendapat bantuan anggota Polis Diraja Malaysia dan orang awam bagi memperluaskan kawasan pencarian,” katanya menerusi satu kenyataan media sebentar tadi.
Nik Ahmad Afsham berkata keadaan cuaca yang gelap menjadi antara cabaran kepada pasukan penyelamat dalam meneruskan operasi pencarian.
“Operasi masih diteruskan dan kanak-kanak itu belum ditemukan,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd