LATEST
National

`Beri yang terbaik, jangan mudah putus asa’ – Nasihat KP Pendidikan kepada calon SPM

`Beri yang terbaik, jangan mudah putus asa’ – Nasihat KP Pendidikan kepada calon SPM

KUALA LUMPUR: Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bukanlah penentu keseluruhan perjalanan hidup, sebaliknya hanya satu daripada persinggahan penting dalam usaha membina masa depan.

Baca juga: DOSM jalankan survei pendapatan, perbelanjaan isi rumah mulai 1 Januari hingga 31 Disember 2027

Justeru, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad, mahu semua calon SPM mengambil peluang terbaik itu untuk menterjemahkan segala usaha, pengorbanan dan penat lelah mereka selama ini.

Katanya, setiap kertas peperiksaan perlu dihadapi dengan tenang, penuh keyakinan dan doa kerana setiap usaha yang dicurahkan pasti membawa makna.

“Berikan yang terbaik, jangan mudah berputus asa dan iringi usaha dengan doa. Melangkah dengan yakin kerana masa depan yang gemilang bermula dengan keberanian untuk mencuba.

“Selamat menduduki Ujian Bertulis SPM 2026. Semoga dipermudah segala urusan dan dikurniakan kejayaan,” katanya dalam hantaran di Facebook, malam tadi sempena ujian bertulis SPM 2026 yang bermula esok.

Dalam pada itu, Mohd Azam turut berterima kasih kepada semua petugas peperiksaan, khususnya pengawas peperiksaan, atas komitmen dan amanah yang digalas.

Selain itu, katanya, petugas juga perlu memastikan setiap urusan peperiksaan berjalan lancar, teratur, adil dan berintegriti.

“Sesungguhnya, kelancaran peperiksaan turut bergantung pada dedikasi dan tanggungjawab semua pihak ,” katanya.

Ujian bertulis SPM2026 akan bermula esok hingga 17 Disember ini.

Seramai 420,879 orang calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2026 di 3,334 pusat peperiksaan di seluruh negara.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More in National

View all

Latest news