“Kenapa Kena Bagi Awak Duit?” – Aliff Syukri Jawab Dakwaan Ejen Hartanah Tolong Cari Tanah, Tapi Tak Dibayar

“Kenapa Kena Bagi Awak Duit?” – Aliff Syukri Jawab Dakwaan Ejen Hartanah Tolong Cari Tanah, Tapi Tak Dibayar

Trending

Aliff Syukri jawab dakwaan ejen hartanah yang mendakwa pernah bantu cari tanah tapi tidak dibayar.


Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri tampil menjawab dakwaan seorang individu yang mendakwa pernah membantunya mencari tanah pada tahun 2023, namun tidak menerima sebarang bayaran.

Isu itu timbul selepas individu berkenaan meluahkan rasa terkilan di media sosial apabila mendakwa menggunakan duit poket sendiri untuk bergerak ke beberapa lokasi bagi mencari tanah seperti yang dimahukan usahawan tersebut.

Dakwa keluar duit sendiri cari tanah

Menerusi hantaran yang tular, individu itu mendakwa dia pernah membantu Aliff mencari tanah yang mempunyai sungai sehingga perlu ke Hulu Langat dan Tanjung Malim.

Menurutnya, segala kos termasuk minyak, makan dan kenderaan ditanggung sendiri. Individu itu turut mendakwa pemilik tanah sendiri pernah bersimpati dengannya lalu menghulurkan wang belanja serta beberapa biji durian musang king.

Aliff Syukri tampil jawab dakwaan

Tidak membiarkan namanya terus dipetik, Aliff kemudian tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan tersebut.

Menurut Aliff, individu berkenaan merupakan ejen hartanah dan dia tidak membeli sebarang hartanah melalui individu itu.

Jelasnya lagi, bayaran hanya akan diberikan sekiranya urusan jual beli berjaya dimuktamadkan.

Dalam kenyataan sama, Aliff turut menegur individu tersebut supaya menjaga kenyataan yang dibuat, terutama apabila ia seolah-olah menggambarkan dirinya hanya membantu golongan tertentu.

Aliff berkata, dia sudah banyak menyalurkan bantuan kepada orang ramai termasuk zakat, barang dapur dan wang tunai.

Malah, menurutnya, bantuan itu diberikan kepada ramai individu di beberapa lokasi dan mencecah jutaan ringgit.

Pssttt! Benda macam ini nampak kecil, tapi boleh jadi besar bila tiada persetujuan yang jelas dari awal. Kalau melibatkan kerja, kos perjalanan atau komisen, elok semuanya dibincang siap-siap supaya tidak ada pihak rasa terkilan. Apa pun, semoga isu ini dapat diselesaikan dengan baik dan jadi pengajaran untuk semua.

Kredit: Instagram Aliff Syukri
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top