“Nak Romen Pun Tanya ChatGPT” – Suami Kantoi Curang Ketika Outstation Selepas Isteri Periksa Sejarah Chat

“Nak Romen Pun Tanya ChatGPT” – Suami Kantoi Curang Ketika Outstation Selepas Isteri Periksa Sejarah Chat

Trending

Wanita itu mendakwa tarikh chat sama dengan tarikh suaminya berada di Shah Alam atas urusan kerja.


Seorang wanita mendakwa suaminya berlaku curang selepas dia memeriksa sejarah perbualan ChatGPT milik lelaki berkenaan.

Lebih mengejutkan, perbualan itu dipercayai berkaitan rancangan berzina ketika si suami berada di luar kawasan atas urusan kerja.

Suami kantoi mesej lucah suami

Menerusi perkongsian di Threads, wanita berkenaan memuat naik beberapa tangkap layar yang menunjukkan suaminya meminta cadangan daripada ChatGPT mengenai cara melakukan hubungan badan.

Wanita itu mendakwa tarikh yang disebut dalam perbualan tersebut sama dengan tarikh suaminya berada di Shah Alam atas urusan luar kawasan.

Perkongsian itu pantas mencuri perhatian netizen yang rata-ratanya terkejut melihat bagaimana Chatgpt digunakan untuk merancang aktiviti terkutuk.

Curang 1

Malah, ada yang meluahkan rasa geram dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai sesuatu yang sukar dipercayai.

Bagaimanapun, wanita tersebut tidak mendedahkan identiti suaminya atau individu lain yang dipercayai terlibat dalam perbualan itu.

Kesahihan penuh dakwaan tersebut juga tidak dapat dipastikan hanya berdasarkan tangkap layar yang dikongsikan di media sosial.

Pssttt! Kepercayaan merupakan asas penting dalam sesebuah rumah tangga. Apabila ia dikhianati, kesannya bukan sahaja melibatkan emosi pasangan, malah boleh memusnahkan hubungan yang dibina selama bertahun-tahun. Apa pun, setiap dakwaan perlu dinilai dengan berhati-hati sebelum sebarang kesimpulan dibuat.

Kredit: Thread bunga_rinduu
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top