Pasukan kriket wanita negara terus cipta gemilang

Pasukan kriket wanita negara terus cipta gemilang
Pasukan kriket wanita negara terus cipta gemilang

Pasukan kriket Wanita Malaysia berjaya menempah slot ke Sukan Asia Wanita 2026.

PASUKAN kriket Wanita Malaysia mencipta gemilang apabila berjaya menempah slot ke Sukan Asia Wanita 2026.

Meskipun tewas kepada Thailand dengan 9 wiket pada perlawan Kelayakan Sukan Asia Wanita 2026, namun itu tidak menghalang skuad wanita negara untuk turut sama beraksi di temasya itu nanti.

“Meskipun dengan keputusan tersebut, ia tetap menjadi kempen yang penuh kenangan buat wanita-wanita kita, yang berjaya mengesahkan tempat ke Sukan Asia 2026 dan melangkah ke perlawanan akhir (Kelayakan Sukan Asia Wanita 2026).

“Tahniah kepada pasukan wanita Thailand atas kejuaraan ini, dan syabas kepada wanita-wanita kita atas usaha luar biasa sepanjang kejohanan. Kepala tegak mendongak. Sukan Asia, kami datang,” kata Persatuan Kriket Malaysia (MCA) dalam satu hantaran di Facebooknya pada Isnin.

Meskipun MCA ketika ini dilihat berada dalam landasan terbaik untuk menangkat sukan kriket negara, namun mereka tidak terlepas daripada “gangguan” pihak tertentu.

Menurut seorang jawatankuasa badan induk itu yang enggan namanya didedahkan berkata, MCA kini di landasan yang terbaik di bawah pengurusan ketika ini.

Katanya, pelbagai program pembangunan telah dirangka bagi mencapai sasaran ditetapkan walaupun berdepan gangguan.

“MCA berada dalam keadaan cukup baik untuk terus mencipta kegemilangan,” katanya yang turut memetik rekod pencapaian pasukan negara temasya Sukan SEA Bangkok Disember 2025.

Bagaimanapun katanya, kelompok yang kalah dalam pemilihan sebelum ini cuba “menganggu” pentadbiran yang ada kerana tidak berpuas hati.

“Ada beberapa bekas pemimpin yang tewas dalam pemilihan MCA sebelum ini cuba menganggu perjalanan persatuan kerana tidak berpuas hati dengan kekalahan mereka.

“Sepatutnya situasi negatif sebegini tidak perlu wujud lagi. Anda sudah kalah dalam pemilihan, terima lah hakikat, usah ganggu perjalanan MCA.

“Pelbagai program pembangunan yang dirancang tak sepatutnya dirosakkan oleh kumpulan ini,” katanya.

Scroll to Top