LATEST
World News

Paus Leo XIV disahkan hidap kanser paru-paru

Paus Leo XIV disahkan hidap kanser paru-paru

ROM – Paus Leo XIV disahkan menghidap kanser paru-paru selepas menjalani pembedahan membuang lobus bawah paru-paru kanannya, menurut pasukan perubatan Hospital Gemelli di Rom pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pemimpin Gereja Katolik berusia 71 tahun itu menjalani pembedahan yang telah dijadualkan pada Selasa bagi membuang ketulan pada paru-parunya, yang menurut Vatican berjalan lancar.

Baca juga: Pelapor khas PBB berlepas ke Mexico selepas dihalang masuk Costa Rica

Pemeriksaan lanjut mengesahkan bahawa ketulan berkenaan ialah adenokarsinoma, sejenis kanser paru-paru, menurut pasukan perubatan Hospital Gemelli.

Paus Leo XIV sebelum ini mengumumkan mengenai pembedahan yang dirancang pada Ahad, sambil memaklumkan bahawa ketulan berkenaan dikesan ketika pemeriksaan pada “peringkat sangat awal” dan masih “tertumpu pada satu kawasan.” – Bernama

More in World News

View all

Latest news