Cik Bunga bukanlah mahu menjaga tepi kain orang, tetapi kalau sudah sampai ke telinga beberapa cerita yang agak menarik, tentulah Cik Bunga tertanya-tanya juga. Betul atau tidak, hanya empunya badan yang tahu.
Kali ini, Cik Bunga dengar cerita mengenai seorang artis wanita tempatan yang dikatakan cukup pandai mengambil hati rakan artis lelaki, terutama ketika berada di lokasi penggambaran.
Baca juga: Speedy Tigress kembali garang, benam Korea Selatan 3-1
Bukan setakat mesra biasa-biasa, tetapi khabarnya ada tingkah laku yang membuatkan sesetengah pihak mula memasang mata. Entah apa tarikannya, setiap kali berada di set, ada sahaja cerita mengenai kemesraannya dengan rakan artis lelaki.
Cik Bunga bukanlah mahu menuduh atau membuat kesimpulan melulu. Namun, kalau benar cerita yang sampai ini, nampaknya personaliti si manis ini mungkin tidaklah seperti yang sering dipaparkan kepada umum.
Maklumlah, di hadapan peminat, bukan main lagi lemah lembut, sopan santun dan ayu orangnya. Watak-watak baik yang sering dibawakan pula membuatkan ramai menyangka dia seorang wanita yang cukup menjaga tingkah laku.
Tetapi, dunia hiburan ini kecil sahaja. Kadangkala, apa yang dipaparkan di hadapan kamera tidak semestinya menggambarkan keseluruhan peribadi seseorang.
Cik Bunga cuma berharap cerita mengenai dirinya yang dikatakan gemar menjalinkan hubungan mesra dengan rakan artis lelaki itu tidak benar.
Kalau benar sekalipun, soal hubungan peribadi adalah hak masing-masing, asalkan tidak melibatkan penipuan, pengkhianatan atau menyakiti hati pihak lain.
Cantik memang cantik, manis pun manis. Tetapi janganlah sampai kecantikan dan keramahan disalahertikan sehingga menimbulkan cerita bukan-bukan.
Apa pun, Cik Bunga percaya setiap orang ada sisi peribadi yang tidak diketahui umum. Cuma satu sahaja pesan Cik Bunga, jagalah batas dan profesionalisme, lebih-lebih lagi ketika bekerja di lokasi penggambaran. Jangan sampai gara-gara terlalu mesra, suasana di set pula menjadi bahan bualan.
The post Pelakon wanita bukan main ‘gatal’ juga orangnya appeared first on Utusan Malaysia.