LATEST

PSAS: Malaysia benam Korea Selatan 3-0

PSAS: Malaysia benam Korea Selatan 3-0

IPOH: Malaysia membuat permulaan cemerlang apabila menewaskan Korea Selatan 3-0 dalam perlawanan pembukaan Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) ke-32 di Stadium Sultan Azlan Shah, Ipoh, sebentar tadi.

Pemain Speedy Tigers nyata tidak mengecewakan penyokong tuan rumah apabila menamatkan cabaran lawan pada suku ketiga dan terakhir permainan.

Baca juga: 3 hari operasi, 519 PATI ditahan, 34 premis kilang diperiksa – Imigresen

Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal meletakkan Malaysia di hadapan pada m-36 diikuti sentuhan pemusnah oleh Azimuddin Kamaruddin dua minit kemudian.

Faizal Shaari melengkapkan kemenangan Speedy Tigers apabila menyempurnakan penalti strok pada minit ke-56.

Dengan kemenangan ini menyemarak semangat kem negara apabila turun dalam perlawanan kedua pada 7.30 malam esok menentang Kanada.

Sementara itu, Australia dan Pakistan turut memenangi perlawanan pembukaan masing-masing.

Australia membelasah Amerika Syarikat (AS ) manakala Kanada dibenam Pakistan masing-masing dengan jaringan 5-1.

Seperti dijangka, AS yang membuat penampilan sulung dalam kejohanan ini bukan tandingan bekas juara 10 kali itu.

Australia mendahului 5-0 sebelum AS merapat jurang melalui Mehtah Grewal (m-43). – UTUSAN

The post PSAS: Malaysia benam Korea Selatan 3-0 appeared first on Utusan Malaysia.

Latest news