SHAH ALAM – Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong menegaskan tidak berniat untuk menyentuh sensitiviti atau memperlekehkan amalan agama mana-mana pihak.Poay Tiong berkata, dirinya sekadar membangkitkan persoalan mengenai dasar dan penguatkuasaan yang turut memberi dampak kepada masyarakat bukan Islam.”Saya ingin menjelaskan bahawa saya menghormati solat Jumaat dan amalan di Terengganu yang sudah lama diamalkan. Itu bukan isu yang saya bangkitkan.”Isu yang saya bangkitkan adalah mengenai penguatkuasaan menyeluruh melalui surat rasmi Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang mengarahkan semua premis perniagaan ditutup dari jam 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang.”Ini termasuk premis bukan Islam dengan ancaman denda RM2,000, penjara atau pembatalan lesen perniagaan,” katanya menerusi hantaran terbaharu di Facebook.Pengerusi DAP Melaka itu turut mempersoalkan kewajaran sekiranya penguatkuasaan sedemikian dilaksanakan di Melaka oleh kerajaan negeri gabungan Barisan Nasional-Perikatan Nasional (BN-PN).”Jika dilaksanakan, bagaimana pula nasib perniagaan yang dijalankan oleh pelbagai kaum di Melaka?”Melaka ialah negeri yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya. Dalam menggubal sesuatu dasar, kita perlu mengambil kira kepelbagaian ini serta kesannya terhadap kehidupan dan kegiatan perniagaan masyarakat,” jelas beliau.Sebelum ini, Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka, Adam Adli Abd Halim menggesa Poay Tiong menarik balik kenyataannya dan membuat permohonan maaf.Menurutnya, Poay Tiong seharusnya menghormati kedaulatan undang-undang negeri serta menjaga sensitiviti agama sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara berkenaan.Beliau berkata, pelaksanaan arahan itu merupakan urusan pentadbiran negeri yang mempunyai asas perundangan melalui enakmen negeri, selaras dengan pengiktirafan bidang kuasa negeri dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.Mengulas lanjut, Poay Tiong berkata, pihaknya percaya dasar kerajaan boleh dibincang dan dipersoalkan secara rasional tanpa dianggap sebagai satu bentuk penghinaan terhadap mana-mana agama.”Kita perlu saling menghormati kepercayaan dan amalan agama masing-masing selain menjaga kepentingan serta keharmonian masyarakat berbilang kaum di Melaka,” ujarnya.
‘Saya tiada niat sentuh sensitiviti agama’ – Poay Tiong
Malay News | https://www.malay.news/saya-tiada-niat-sentuh-sensitiviti-agama-poay-tiong/