“Selagi Boleh Buat Affiliate, 46 Buat Je” – Budak 46 Terpaksa Tolak Bantuan Duit, Selesa Cari Rezeki Sendiri

“Selagi Boleh Buat Affiliate, 46 Buat Je” – Budak 46 Terpaksa Tolak Bantuan Duit, Selesa Cari Rezeki Sendiri

Trending

Budak 46 mahu terus buat affiliate walaupun penglihatannya semakin terjejas.

Lelaki yang dikenali sebagai Budak 46 mencuri tumpuan ramai apabila penglihatannya kini semakin terjejas akibat penyakit retinitis pigmentosa.

BACA: “Mata Makin Tak Nampak” – Pernah Viral Dengan Video ‘Slow-Mo’, Budak 46 Hidap Retinitis Pigmentosa

Orang ramai yang mahu membantu ada menghubungi adiknya untuk meminta nombor akaun bank atau QR kod. Namun, lelaki yang pernah viral dengan tarian ‘slow-mo’ ini terpaksa menolak.

Budak 46 tak mahu duit, selesa buat affiliate sendiri

Menerusi satu rakaman video, Budak 46 atau nama sebenarnya Muhammad Ammarzulkha berkata, dia lebih selesa mencari rezeki dengan membuat video affiliate.

Katanya, dia memuat naik video affiliate mengikut kelapangan masa. Namun, tidak pernah tiada video selama sebulan atau dua bulan berturut-turut.

Adik aku call bagitahu ada orang duk minta QR, tak payah selagi 46 boleh buat affiliate 46 buat affiliate je. Tapi 46 ni kadang-kadang ada masa upload video, ada masa tak upload video. Tapi tak ada la sampai sebulan dua bulan tak upload video. Tak ada lagi la kan tak silap aku. Dalam hidup ni kena teruskan, peduli apa orang nak cakap. Dari segi duit tu tak payahlah. 46 tak nak.

Dalam masa sama, Budak 46 berkata hidup perlu diteruskan tanpa terlalu memikirkan kata-kata orang.

budak 46

Lelaki ini sempat berkongsi keadaan dirinya yang sudah mula rabun di usia 4 tahun. Ketika berumur 20 tahun, matanya semakin silau sehingga perlu memakai cermin mata hitam.

Bila nak jalan ke, nak pergi mana-mana ke, aku kena pakai cermin mata hitam, baru nampak jalan, baru boleh tengok, baru boleh jalan sendiri.

Budak 46 turut berkata dia tidak ingat dengan tepat bila keadaan matanya mula menjadi semakin teruk. Namun, dia menyebut keadaan itu bermula sebelum wabak Covid-19 lagi

Terdahulu, kisah Budak 46 pernah mendapat perhatian ramai selepas keadaan kesihatannya dikongsikan oleh adiknya, Cuna.

Dalam perkongsian sebelum ini, Cuna meminta orang ramai terus menyokong affiliate di video TikTok abangnya dan mendoakan Budak 46 sentiasa sihat.



OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top