Sejak semalam hangat diperkatakan apabila nama pelakon dan pengacara Che Puan Sarimah Ibrahim menjadi bualan di media sosial.
Menerusi satu komen balas di laman Threads, Sarimah berkata dia tidak kisah dengan gelaran ‘auntie’ namun tidak boleh menerima penggunaan kata-katqa kasar atau kenyataan mengundang fitnah.
Baca juga: Pengorbanan abang jaga adik autisme berakhir tragis dalam kebakaran di Tawau
BACA: Sarimah Ibrahim Tolak Tawaran Siri Netflix ‘Wednesday’
“Sis ok je..memang pun auntie. Tapi sis tak ok dengan kata-kasar kasar, kurang ajar atau mengundangkan fitnah, itu tidak boleh diterima,” katanya.
Difahamkan, Sarimah dilihat membalas satu hantaran seorang individu yang berseloroh mengatakan ada pihak yang memanggil aktres berkenaan dengan gelaran auntie.