Isu scalper Sambal Nyet Bilis sekali lagi mencuri perhatian apabila ada yang mendakwa produk keluaran Khairul Aming itu dijual semula pada harga mencecah RM25 sebotol.
BACA: Khairul Aming Umum Produk Keempat, Siap Sedia Untuk Battle 125,000 Botol
Menerusi satu perkongsian di Threads, seorang individu mempersoalkan sama ada Khairul Aming sedar mengenai kegiatan tersebut selain berpendapat isu scalper berlaku kerana permintaan terhadap produk berkenaan masih tinggi.
Khairul Aming jawab isu scalper sambal
Tidak berdiam diri, Khairul Aming tampil membalas dan menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai kawalan terhadap tindakan pembeli selepas produk tersebut sudah berada di tangan mereka.
Menurut usahawan itu, pihaknya sudah berusaha keras untuk memberikan yang terbaik kepada semua pelanggan, namun bukan semua perkara berada dalam kawalannya.

Tambahnya, komen yang diberikan seolah-olah menuduh dirinya sengaja membiarkan sambalnya dijual semula dengan harga yang lebih tinggi.
Terdahulu, produk terbaru Khairul Aming iaitu Sambal Nyet bilis ‘sold out’ dalam masa kurang dua minit selepas dilancarkan di TikTok.
Tidak lama selepas itu, usahawan ini kemudian ‘restock’ sebanyak 150,000 botol di aplikasi Shopee dan turut ‘sold out’ dalam masa beberapa minit.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
