Watie dedah Ayash disahkan alami autisme ringan

Watie dedah Ayash disahkan alami autisme ringan

puterialia@hmetro.com.my

Kuala Lumpur : Isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib, 42, iaitu Watie Hanifiah, 37, mendedahkan anak tirinya, Ayash Affan disahkan menghidap mild autism (autisme ringan) sejak berusia tiga tahun.

Menerusi sebuah hantaran video yang tular di Threads, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah berkongsi tentang perwatakan Ayash, 5, yang mendorongnya untuk membawa Ayash berjumpa dengan pakar di hospital.

Menurut Watie, sebelum Ayash disahkan menghidap autisme ringan, Ayash menjalani beberapa proses penilaian yang disarankan oleh pakar.

“Saya ada bawa Ayash pergi jumpa pakar yang memerlukannya untuk membuat penilaian sebelum disahkan penyakitnya.

“Ada suatu ketika itu, saya sedang lipat baju di bilik dan meminta dia untuk mengambil alat kawalan jauh televisyen, dia ambil tapi tindakannya berulang sambil ketawa,” kata Watie dalam video berkenaan.

Katanya, dia perlu mengulangi setiap hari dengan cara yang sama untuk mengajar Ayash sesuatu perkara.

“Jenuh (susah) juga masa mula-mula nak ajar dia. Kena buat benda yang sama, rutin yang sama setiap hari.

“Kita dalam sebulan itu, kita ajar hari hari benda yang sama (untuk dia),” katanya lagi.

Menerusi hantaran itu, rata-rata netizen memuji tindakan Watie yang sabar mendidik Ayash dengan sabar serta tekun.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top