10 jersi menarik di Piala Dunia 2026

10 jersi menarik di Piala Dunia 2026

MENJELANG pembukaan Piala Dunia FIFA 2026, tumpuan peminat bola sepak semestinya terarah kepada koleksi jersi baharu yang bakal menghiasi pentas utama kejohanan terulung itu.

Setiap negara bakal tampil dengan keunikan jersi tersendiri yang menggabungkan elemen sejarah dan reka bentuk moden demi mencipta penampilan yang sukar dilupakan.

Berikut senarai 10 jersi yang dijangka mencuri perhatian ramai pada kejohanan kali ini.

1. Jepun (Jersi kedua)

Seperti biasa, Jepun tidak pernah menghampakan peminat bola sepak dunia dengan rekaan jersi mereka.

Jersi tempat lawan mereka tampil dengan warna putih pudar dengan kemasan hitam, berserta 12 jalur pelbagai warna. 11 jalur melambangkan barisan pemain di padang, manakala jalur ke-12 di bahagian tengah melambangkan nadi dan penyatuan pasukan.

Reka bentuk bertemakan ‘Colours Beyond the Horizon’ ini turut mengambil inspirasi daripada jersi sukan besbol, sukan yang sangat popular di Jepun.

2. Uruguay (Jersi kedua)

Jersi tempat lawan ini menggunakan warna biru gelap (navy) sebagai asas, dipadankan dengan grafik biru terang di seluruh jersi bagi memberi penghormatan kepada skuad Uruguay yang memenangi Piala Dunia pertama serta stadium keramat mereka, Estadio Centenario.

No Image Caption

3. Mexico (Jersi utama)

Jersi tempat sendiri Mexico menampilkan warna asas hijau gelap dengan reka bentuk grafik yang diispirasikan daripada seni Aztec, diserikan dengan kemasan merah serta tulisan ‘Somos Mexico’ (Kami adalah Mexico) di bahagian belakang kolar.

No Image Caption

Walaupun sukar menandingi jersi ikonik tahun 1998, rekaan edisi 2026 ini berada pada kelas yang tersendiri.

4. Perancis (Jersi kedua)

Jersi kedua Perancis menggabungkan elemen sejarah dan fesyen dengan cukup harmoni. Berwarna hijau pudina dengan logo berwarna gangsa, ia merupakan rujukan langsung kepada hadiah Patung Liberty yang diberikan oleh Perancis kepada Amerika Syarikat pada tahun 1884.

No Image Caption

5. Belgium (Jersi kedua)

Jersi kedua Belgium tampil dengan inspirasi daripada lambang Persatuan Bola Sepak Belgium serta karya seniman surealis terkenal negara itu, René Magritte.

Rekaan tersebut menampilkan grafik abstrak berwarna merah jambu pastel dan biru dengan elemen sfera perak yang diambil daripada karya Magritte bertajuk La Voix des Airs yang dihasilkan pada tahun 1928.

No Image Caption

Hasil gabungan itu mencipta penampilan unik yang menyerlahkan identiti seni dan warisan budaya Belgium.

6. Argentina (Jersi kedua)

Juara bertahan Piala Dunia ini pastinya akan mengekalkan reka bentuk jalur biru-putih yang ikonik untuk jersi tempat sendiri, namun jersi tempat lawan mereka yang mencuri perhatian ramai.

Menampilkan warna asas hitam yang disaluti corak pusaran biru langit, ia diispirasikan daripada seni budaya yang mewakili negara tersebut.

No Image Caption

7. Curacao (Jersi kedua)

Curacao bakal membuat penampilan sulung di pentas Piala Dunia dengan antara jersi tercantik edisi ini.

Warna kuning lemon lembut dan jalur tiga warna pada bahagian lengan diispirasikan daripada seni bina bangunan berwarna-warni di pulau berkenaan. Ringkas tetapi sangat memikat.

No Image Caption

8. Kanada (Jersi kedua)

Jersi kedua Kanada diispirasikan daripada musim sejuk mencabar yang telah membentuk identiti negara tersebut.

Warna asas hitam dipadankan dengan corak daun mapel, manakala lencana Kanada diserikan dengan warna merah terang.

Sebagai pelengkap, perincian syiling ‘loonie’ turut diletakkan sebagai simbol tuah tradisional Kanada.

No Image Caption

9. Amerika Syarikat (Jersi utama)

Menggabungkan elemen daripada jersi tahun 1994 dan 2012 adalah sentuhan nostalgia yang sangat diperlukan oleh Amerika Syarikat selaku tuan rumah.

Elemen bendera negara itu dipamerkan dengan jelas sebagai penghormatan kepada reka bentuk generasi lalu.

No Image Caption

10. Sweden (Jersi kedua)

Jersi Sweden tampil dengan gabungan warna biru diraja dan perincian kuning melambangkan warna tradisi mereka, namun tarikan utama adalah corak tradisional Nordic yang menghiasi keseluruhan jersi.

No Image Caption

Ia reka bentuk unik yang diispirasikan daripada corak era 1970-an.

 

Mesti Baca

Scroll to Top