Bank Pusat Iran sahkan bayaran tol pertama bagi laluan Selat Hormuz

Bank Pusat Iran sahkan bayaran tol pertama bagi laluan Selat Hormuz
Bank Pusat Iran sahkan bayaran tol pertama bagi laluan Selat Hormuz

Bank Pusat Iran mengesahkan pihaknya telah menerima bayaran pertama bagi laluan kapal dagang melalui Selat Hormuz.

TEHERAN – Bank Pusat Iran pada Khamis mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima bayaran pertama bagi laluan kapal dagang melalui Selat Hormuz.

Menurut agensi berita Fars, bayaran itu diterima dalam bentuk tunai atau mata wang asing, tetapi bukan dalam bentuk mata wang kripto, lapor agensi berita Jerman dpa.

Laporan itu menyatakan caj berkenaan bergantung kepada jenis dan kuantiti kargo yang dibawa serta ‘tahap risiko’.

Bank itu tidak menyatakan jumlah bayaran secara khusus.

Sumber industri sebelum ini melaporkan caj sehingga AS$2 juta bagi setiap laluan.

Teheran secara rasmi merujuk levi berkenaan sebagai bayaran keselamatan atau tol.

Sementara itu, tentera Amerika Syarikat (AS) sedang mengekalkan sekatan maritim terhadap pelabuhan Iran yang bermula pada 13 April.

Sekatan itu secara khusus menyasarkan kapal yang memasuki atau meninggalkan Iran bagi meningkatkan tekanan ekonomi terhadap negara tersebut. – Bernama-dpa

 

 

 

 

Scroll to Top