LATEST

DAP berdepan cabaran sukar, tidak boleh terlalu selesa – Anthony Loke

DAP berdepan cabaran sukar, tidak boleh terlalu selesa – Anthony Loke

SHAH ALAM – DAP berdepan cabaran sukar dalam berhadapan Pilihan Raya Umum akan datang susulan strategi politik diambil pihak lawan seperti berlaku pada beberapa pilihan raya negeri, sekali gus menuntut penyelesaian yang lebih kreatif dan berani.Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, mengambil iktibar daripada siri Pilihan Raya Negeri (PRN) yang mencatatkan keputusan tidak memberangsangkan, semua pihak termasuk di peringkat pimpinan tidak boleh terlalu selesa dengan kedudukan semasa.”Mereka menyatukan undi mereka, satukan undi dua gabungan, tidak kira apa pencapaian tetapi apabila undi itu disatukan bermain dengan sentimen, asalkan bukan DAP dalam kerajaan… sentimen ini suka tidak suka, berkesan terutama di (PRN) Melaka dan Negeri Sembilan.”Ini percaturan yang sedang dimainkan, yang mesti kita sedar, tahu dan mesti ada perancangan untuk kita menghadapi cabaran-cabaran ini,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen DAP Selangor di sini hari ini.Anthony Loke turut mendakwa dalam konteks Selangor terdapat gerakan bagi ahli dan penyokong parti-parti politik tertentu untuk menukar pusat mengundi dalam memastikan strategi penyatuan undi dapat dilakukan sekali gus menumbangkan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) di negeri itu.”Ini strategi yang dirancang dan cabaran besar kepada PH Selangor dan kita mesti cari jalan, fokus bagaimana kita nak bergerak. Justeru adalah sangat penting bagaimana kita memberikan inspirasi kepada pengundi Selangor bahawa PH adalah pilihan terbaik untuk meneruskan kepimpinan di Selangor,” katanya.Beliau berkata, sebarang perancangan perlu mengambil kira kekuatan sebenar di setiap kawasan serta perubahan landskap pengundian selain turut memberi amaran kegagalan mempertahankan Selangor pada Pilihan Raya akan datang bukan hanya menyebabkan parti kehilangan kedudukan dalam kerajaan, malah menjejaskan kesinambungan pencapaian pentadbiran sejak 2008.Dalam pada itu, Pengerusi DAP Selangor Ng Sze Han turut mencadangkan agar persempadanan semula kawasan Pilihan Raya dilakukan di Selangor susulan kepadatan pengundi di setiap kawasan.”Ambil contoh DUN saya sendiri, Kinrara ada 134,016 pengundi, Sungai Air Tawar ada 20,336 pengundi. Pengundi Kinrara lebih enam kali ganda. Sebab itu, kerusi DUN Selangor mesti ditambah, rakyat bertambah, wakil rakyat pun mesti bertambah,” katanya. – Bernama  

Latest news