LATEST
National

Seorang maut motosikal dirempuh ketika lakukan pusingan U mengejut di Machang

Seorang maut motosikal dirempuh ketika lakukan pusingan U mengejut di Machang

MACHANG: Seorang maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah motosikal lain ketika melakukan pusingan U di Jalan Kemubu, Pulai Chondong, petang tadi.

Baca juga: Ibu maut kemalangan selepas beli bahan masakan sambutan hari jadi anak

Ketua Polis Daerah Machang, Superintenden Azuhar Md Nor berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa berusia 52 tahun yang menunggang motosikal dipercayai membuat pusingan U secara tiba-tiba dari bahu jalan sebelum dirempuh sebuah motosikal lain yang datang dari arah belakang.

Katanya, siasatan awal mendapati kedua-dua motosikal berkenaan sedang bergerak dari arah Kemubu menghala ke Mata Ayer.

“Motosikal kedua itu ditunggang seorang wanita berusia 19 tahun bersama pembonceng wanita berusia 23 tahun.

“Tindakan penunggang pertama membuat pusingan U secara tiba-tiba menyebabkan penunggang motosikal kedua tidak sempat mengelak sebelum merempuh bahagian sisi kanan motosikal berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media, malam ini.

Azuhar berkata, akibat perlanggaran itu, penunggang berusia 52 tahun cedera parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi sebelum dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai untuk bedah siasat.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More in National

View all

Latest news