Pelakon Fauziah Ahmad Daud meluahkan rasa syukur apabila menerima pengiktirafan Anugerah Khas Karyawan Sepanjang Zaman di Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35).
Dalam ucapannya semalam, Fauziah dedikasikan anugerah tersebut buat kedua ibu bapanya, lagenda filem Melayu, Allahyarham Datin Saadiah dan seniman Allahyarham Datuk Ahmad Daud.
Baca juga: Pemandu lori positif dadah bawa tiga PATI warga Bangladesh
BACA: Ogy Ahmad Daud Tak Boleh Terima Lawak Jenaka Hina Islam
“Mak, Fauziah dapat ini mak kerana mak. Tanpa doa restu dan didikan mereka berdua, saya tidak akan berada di sini. Kerana Tuhan telah menggerakkan hati, maka arwah mak saya melihat bakat dalam diri ini sedangkan saya sendiri buta.
“Melalui tangannya, saya terus mencari ilmu daripada guru-guru hebat yang menekankan kejujuran dalam setiap naskhah.
“Jadi, trofi ini adalah milik semua guru saya, para penerbit, penulis, pengarah, kru belakang tabir dan rakan seperjuangan termasuk barisan pelakon yang berkongsi nafas dengan saya di set penggambaran,” katanya.
Dalam pada itu, Fauziah turut menitipkan pesanan buat generasi baru agar berpegang pada kejujuran dan disiplin dalam berkarya.
“Kepada para pelapis yang bakal berdiri di pentas ini suatu hari nanti, satu pesanan saya, gemilang populariti hanya sementara dan wajah kita akan dimamah usia. Namun, dengan kejujuran jiwa serta disiplin, nama akan terus hidup selamanya,” katanya.