Kemunculan penyanyi Andi Bernadee menerusi lagu baharunya berjudul, ‘Aku Nak Kahwin’ menyorot perhatian ramai pihak selepas terkejut melihat susuk badannya yang kelihatan semakin kurus.
Menerusi perkongsian di ruangan Instagram Story, Andi atau nama lengkapnya, Andi Azrul Andi Mapangile, 34, bagaimanapun memaklumkan, dia kini dalam proses penyembuhan dan sudah boleh kembali bekerja.
“Salam, hope this clear the air. Saya okay dan kini dalam proses penyembuhan.
“Tapi boleh kerja dan joget sikit-sikit dah. Berat badan pun dah naik,” katanya.
Andi tampil memberikan penjelasan itu susulan terdapat segelintir pihak yang berani memberikan komen mendakwa penyanyi itu kelihatan seperti penagih.

Bukan itu sahaja, menerusi perkongsian di platfrom Threads, rata-rata peminat turut mengambil kesempatan bertanyakan tips menurunkan berat badan kepada pelantun lagu ‘Satu Peluang’ itu.
Namun, jawapan yang diberikan Andi seakan memberi bayangan bahawa perubahan fizikalnya itu berpunca daripada masalah kesihatan yang dialami.
“Kena sakit dulu baru kurus,” balasnya ringkas.

Meninjau ke ruangan balas, ternyata warganet meluahkan rasa bimbang selain tidak putus-putus menitipkan doa agar kesihatannya sentiasa berada dalam keadaan baik.






