am@hmetro.com.my
Kota Kinabalu: Perjalanan dua sahabat bersiar waktu malam bertukar tragedi apabila mereka maut selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan dengan van di Jalan Kibagu dekat Kampung Saga 3, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 7 malam tadi, dua lelaki yang menunggang motosikal Honda Vario disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, seramai 11 anggota bersama jentera dikerah ke lokasi sebaik menerima panggilan.
“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati seorang daripada mangsa tersepit di bawah van, manakala seorang lagi berada berhampiran motosikal yang turut berada di bawah kenderaan berkenaan.
“Pasukan operasi menggunakan ‘Air Lifting Bag’ bagi mengangkat van berkenaan untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada 8.23 malam.
Katanya lagi, pemandu van didapati tidak cedera.
© New Straits Times Press (M) Bhd




