am@hmetro.com.my
Tanah Merah: Parti Wawasan Negara akan mengadakan perbincangan lanjut berhubung kemasukan parti itu ke dalam Perikatan Nasional (PN).
Pengasas Gerakan RESET, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata perbincangan itu akan dibuat ketika Mesyuarat Agung Tahunan minggu hadapan.
“Kita menyatakan hasrat dan akan mengadakan perbincangan lanjut menerusi AGM nanti pada minggu depan. Kita lihat nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Konvensyen RESET yang dirasmikan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Yang turut hadir, Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Samsuri Mokhtar.
Terdahulu, Hamzah mengumumkan parti baharu yang diberikan nama Parti Wawasan Negara.
Parti berkenaan akan bekerjasama dengan PAS, GERAKAN dan rakan-rakan secara komprehensif demi agenda masa depan rakyat dan negara.
Sementara itu, Abdul Hadi menyifatkan nama Parti Wawasan Negara yang diberi olehnya itu melambangkan jangka masa untuk masa depan.
© New Straits Times Press (M) Bhd




