ILMUchat Pro mudahkan urusan harian

ILMUchat Pro mudahkan urusan harian

Kuala Lumpur: Bayangkan anda boleh menyemak bajet bulanan, menyiapkan tugasan sekolah anak, menterjemah dokumen atau mencari idea kandungan media sosial hanya dengan hanya beberapa arahan mudah.

Itulah antara kemudahan yang ditawarkan menerusi teknologi kecerdasan buatan (AI) yang semakin menjadi sebahagian daripada rutin harian masyarakat.

Namun, masih ramai menganggap teknologi AI premium sebagai sesuatu yang mahal, rumit dan memerlukan bayaran langganan bulanan yang membebankan.

Bagi memastikan teknologi ini lebih mudah diakses oleh semua, Yes memperkenalkan pembantu AI tempatan, ILMUchat, yang direka khusus mengikut gaya hidup rakyat Malaysia.

Bantu tugasan harian lebih mudah

ILMUchat  mampu memahami Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris serta gaya pertuturan harian tempatan menjadikannya sangat sesuai dengan cara rakyat Malaysia berkomunikasi. 

Ini membolehkan sesiapa sahaja berinteraksi secara semula jadi tanpa halangan bahasa.

Sama ada ingin mengurus perbelanjaan harian, menyemak draf e-mel kerja ketika di pejabat, menterjemah dokumen akademik, mahupun mencari idea kapsyen menarik untuk perniagaan sampingan, semuanya boleh diselesaikan dengan pantas.

Lebih menarik, langganan ILMUchat Pro yang bernilai RM50 sebulan kini ditawarkan secara percuma dengan semua pelan Yes.

Ini bermakna pengguna boleh memanfaatkan kemudahan pembantu digital ini tanpa sebarang kos tambahan.

Pilihan pelan ikut keperluan

Bagi memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna, Yes turut menyediakan beberapa pelan yang boleh disesuaikan mengikut gaya hidup dan keperluan penggunaan internet.

Antaranya ialah Yes 5g advanced starter pack  yang ditawarkan pada harga RM10.

Pelan itu sesuai untuk pelajar dan golongan muda kerana memberikan akses percuma kepada ILMUchat Pro tanpa komitmen atau kontrak bulanan.

Bagi mereka yang memerlukan lebih banyak data untuk bekerja dan menjalani aktiviti harian, Yes menawarkan pelan baharu, Yes AI 30 Postpaid, pada harga RM30 sebulan.

Pelan ini dilengkapi data 5G tanpa batasan dengan 12GB hotspot tanpa sebarang kontrak. Untuk enam bulan pertama, pelanggan juga akan menikmati rebat RM10 sebulan, menjadikan harga pelan itu hanya RM20 sebulan.

Sementara itu, Yes 5g advanced Home WiFi yang ditawarkan bermula RM68 sebulan sesuai untuk kegunaan seisi keluarga.

Dengan satu sambungan, ibu bapa boleh menguruskan urusan harian manakala anak-anak menggunakan internet untuk pembelajaran dan menyiapkan tugasan sekolah.

Internet stabil, AI lebih lancar

Keupayaan pembantu AI tentunya lebih optimum apabila disokong sambungan internet yang stabil.

Menerusi rangkaian Yes 5g advanced, pengguna boleh menikmati pengalaman ketersambungan yang pantas dan rendah latensi ketika menggunakan ILMUchat untuk mendapatkan maklumat atau menyelesaikan tugasan.

Sama ada ketika berada di kafe, pejabat, pusat beli-belah atau ketika bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain, sambungan yang stabil membantu memastikan penggunaan pembantu AI lebih lancar.

Akses kepada ILMUchat Pro tanpa bayaran tambahan, teknologi AI kini bukan lagi sesuatu yang hanya boleh dinikmati golongan tertentu, sebaliknya semakin mudah dimanfaatkan dalam rutin harian.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelan dan tawaran Yes, pengguna boleh mengunjungi laman rasmi Yes bagi mendapatkan maklumat mengenai Yes Prepaid Plans, Yes Postpaid Plans dan Yes Home WiFi.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top