Seorang pengguna media sosial tampil menyuarakan kebimbangan terhadap penyebaran satu mesej yang melibatkan nama Universiti Teknologi MARA (UITM) dilihat ada unsur diskriminasi.
Menerusi perkongsian thread daripada Raziorazi, beliau meminta pihak universiti mengambil perhatian serius kerana ia berpotensi membawa implikasi lebih besar, termasuk mencemarkan reputasi institusi serta pelajarnya sendiri.
Kandungan mesej dianggap berunsur diskriminasi
Mesej yang tular itu memaparkan satu pengumuman bertajuk “Kempen Tangkap Orang Kelantan di UiTM” dengan tawaran ganjaran wang tunai dan markah e-merit, yang jelas menyasarkan pelajar berdasarkan latar negeri tanpa asas dan sebab yang logik.

Walaupun mesej itu mungkin dimaksudkan sebagai gurauan, individu tersebut melihatnya sebagai satu bentuk stereotaip yang boleh membuka ruang kepada diskriminasi dan perpecahan sesama pelajar.
Dalam masa sama, gesaan dibuat agar pihak berwajib terutama UITM memantau, menyiasat serta mengambil tindakan sewajarnya supaya insiden seumpama ini tidak berulang dan tidak dinormalisasikan sebagai “sekadar lawak”.
Katanya lagi, perkara sebegini tidak wajar dipandang ringan, apatah lagi dalam persekitaran pendidikan yang menekankan perpaduan dan saling menghormati.

Pssttt! Sebagai pelajar dan warga institusi pendidikan, sikap saling menghormati latar belakang, negeri asal dan budaya masing-masing wajar dijadikan keutamaan. Elakkan perkara atau tindakan yang boleh menyentuh sensitiviti pihak lain.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.




