‘Jerung’ Teluk Parsi bersedia menanti ketibaan tentera Amerika Syarikat

‘Jerung’ Teluk Parsi bersedia menanti ketibaan tentera Amerika Syarikat
‘Jerung’ Teluk Parsi bersedia menanti ketibaan tentera Amerika Syarikat

“Tentera Islam telah lama menanti sebarang tindakan pencerobohan atau pendudukan wilayah Iran,” kata Zolfaghari. – Foto Agensi

ANGKATAN Tentera Repulik Islam Iran (Artesh) menantikan ketibaan Tentera Amerika Syarikat (AS) melalui Operasi Darat seperti yang dilaporkan media barat.

Jurucakap Markas Pusat Khatam al-Anbiya, Brigedier Jeneral Ebrahim Zolfaghari menyifatkan, Artesh ibarat ‘jerung’ Teluk Parsi bersedia membaham seterunya yang telah mula melancarkan serangan udara sejak 28 Februari lalu.

“Tentera Islam telah lama menanti sebarang tindakan pencerobohan atau pendudukan wilayah Iran, mana-mana pencerobohan hanya akan membawa kehancuran, penghinaan dan kematian bagi mereka.

“Sementara komander dan tentera AS akan mudah menjadi mangsa untuk jerung di Teluk Parsi,” katanya melalui kenyataan video yang disiarkan oleh agensi berita Mehr News pada Ahad.

Zolfaghari mendakwa, tindakan Trump berulang kali mengugut Iran dengan operasi darat dan pendudukan beberapa pulau di Teluk Parsi adalah akibat desakan organisasi perisikan Israel, Mossad yang membangkitkan mengenai kes Epstein.

“Beliau (Trump) kini menjadi alat Perdana Menteri Israel (Benjamin Netanyahu) untuk menyerang Iran,” katanya.

Zolfaghari - Foto Agensi

Zolfaghari – Foto Agensi

Beliau turut menyatakan, tentera AS terpaksa berdepan risiko maut hampir setiap hari akibat serangan Iran di pangkalan negara-negara Teluk.

Zolfaghari turut membidas sikap Trump yang disifatkannya tidak stabil dan konsisten apabila menimbulkan soal rundingan pada sebelah pagi namun melancarkan serangan terhadap Iran beberapa jam kemudian.

“Individu tidak stabil dan pembohong ini telah menimbulkan kerosakan besar kepada rakyat Amerika, Eropah dan seluruh dunia, terutamanya negara Asia Barat,” katanya.

Pada masa sama, Zolfaghari turut menyarankan agar pentadbiran AS mempelajari sejarah Iran dalam menghadapi penceroboh.

“Jangan heret tentera AS ke dalam perangkap maut yang mengakibatkan warganya akan bersedih,” katanya lagi.

Terdahulu media melaporkan, Pentagon sedang mempersiapkan anggota tentera AS untuk serangan darat yang dijangka akan dijalankan dalam tempoh yang panjang untuk menawan Teheran. – Astro Awani

Ringkasan AI

  • Angkatan Tentera Iran bersedia menghadapi serangan darat oleh Tentera Amerika Syarikat.
  • Zolfaghari menuduh tindakan Trump didorong oleh desakan Mossad dan Netanyahu.
  • Tentera Amerika Syarikat berdepan risiko akibat serangan Iran di pangkalan Teluk.
  • Zolfaghari mengecam Trump sebagai tidak stabil dan merosakkan.
  • Pentadbiran AS disaran belajar sejarah pencerobohan Iran dan mengelak perangkap.
Scroll to Top