LATEST

‘Kebenaran akhirnya terbukti selepas enam tahun’ – Tun M

‘Kebenaran akhirnya terbukti selepas enam tahun’ – Tun M

SHAH ALAM – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berjaya membuktikan beberapa kebenaran berhubung episod politik negara meskipun belum mencatat pencapaian memberangsangkan sepanjang enam tahun penubuhannya.Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, antara perkara yang terbukti ialah keputusan parti induk untuk keluar daripada kerajaan secara tergesa-gesa sebelum ini, yang akhirnya mencetuskan kekacauan politik sehingga membawa kepada kejatuhan kepimpinan ketika itu.”Satu lagi kebenaran ialah mereka yang terbabit memecat kita dari parti induk sehingga memaksa kita menubuh Pejuang, hari ini ramai di kalangan mereka itu turut dipecat dan terpaksa tubuh parti lain,” katanya.Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan Ketua Penerangan Pejuang, Rafique Rashid Ali pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) 2026 Pejuang di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, Ahad.Teks ucapan itu dibacakan berikutan keadaan suara Dr Mahathir yang agak lemah dan dikhuatiri boleh menjejaskan penyampaian ucapannya.Dr Mahathir berkata, satu lagi kebenaran yang terbukti ialah pihak yang sebelum ini begitu lantang mahu keluar daripada kerajaan kerana tidak dapat menerima kerjasama dengan komponen parti tertentu, kini dilihat kembali menjurus kepada parti berkenaan.”Walaupun Pejuang sebuah parti yang baharu berbanding parti-parti politik utama negara dan pencapaiannya tidak begitu menggalakkan sepanjang enam tahun kewujudannya, ia berjaya mencapai satu kebenaran atau dalam bahasa Inggerisnya, vindication,” ujarnya.Beliau menyifatkan, perkembangan politik yang berlaku menunjukkan kitaran atau pusingan itu kelihatannya hampir lengkap.

Latest news