LATEST

Rezeki murah tahun 2026 hingga sukar cari ruang untuk rehat

Rezeki murah tahun 2026 hingga sukar cari ruang untuk rehat

mohamadridzuan@hmetro.com.my

Baca juga: GPS gerak 29 calon sudah menang bantu kempen di kerusi lain – Abdul Karim

JIKA diikutkan pelakon Ezzanie Jasny, 27, berhasrat mahu ‘berehat’ seketika daripada melakonkan karakter berat selepas tampil menerusi Bulan Henti Bicara sebanyak 28 episod.

Namun, sudah tertulis rezekinya agak meriah sepanjang 2026 dan terbaru, Ezzanie atau nama sebenar, Nur Ezzanie Sherazade Jasny tampil lagi dengan naskhah berat Wali Dalam Tangisan yang kini disiarkan menerusi platform Viu.

Drama 12 episod ini menggandingkan Ezzanie dengan pelakon Jazmy Juma dan ia mengetengahkan kisah cinta terlarang, kesetiaan terhadap keluarga dan pengorbanan.

“Sebenarnya saya tak tahu pun karakter dan cerita apa yang saya akan buat untuk drama ini. Pengurus saya cakap Viu dan Global Station dah ‘lock’ saya, tapi genre dia adalah thriller.

“Saya macam okay buat saja sebab saya cakap Bulan Henti Bicara itu adalah drama berat yang akhir saya nak buat sebelum saya buat balik karakter yang sama.

“Sekurang-kurangnya saya ada waktu rehat seketika, tapi apabila dapat tahu Wali Dalam Tangisan juga (membawa tema) agak berat, saya reda sahaja,” katanya yang ditemui Harian Metro, baru-baru ini.

Menurutnya, seperti kebiasaan, wataknya sebagai Suraiya adalah seorang wanita tersakiti, namun dia agak tertarik kerana jalan ceritanya agak berbeza.

“Rasanya ini kali pertama saya kena bawa watak gadis yang perangainya kebudak-budakan. Pengurus saya ada maklumkan setiap tawaran, mungkin saya boleh buat pilihan, tapi saya cakap buatlah apa-apa cerita pun saya okay saja.

“Saya buat sebab setiap karakter yang saya dapat tetap berbeza juga. Saya nak cabar diri sebab watak Suraiya memerlukan saya berusia 20-an kerana beza umur dengan watak Alif (Jazmy) hanya empat tahun sahaja.

“Mula-mula bawa karakter ini, saya buat dengan cara saya, tapi abang Riza (pengarah) cakap kena budak-budakkan lagi karakter ini. Itu satu cabaran juga,” katanya.

Baginya cabaran berbeza dilalui kerana jalan cerita drama bersiri Wali Dalam Tangisan berkisarkan hubungan antara anak saudara dengan bapa saudara.

Mereka membesar bersama dan dari situ tercetus konflik perasaan apabila dewasa meskipun ia dilarang agama.

“Mungkin benda ini memang ada sahaja (berlaku) dekat luar sana (dalam dunia realiti). Kadang-kadang ia mungkin terkeluar daripada landasan yang sebenarnya.

“Tapi itulah… adanya karakter-karakter lain yang datang menyedarkan bapa saudara dan anak saudaranya hakikat sebenar. Cerita ini pada penghujungnya ada moral yang kita nak sampaikan.

“Saya tahu cerita ini sudah jadi isu di media sosial, tapi harapnya peminat boleh bersabar dengan kami, ‘support’ kami sampai ke penghujung cerita.

“Kena tengok cerita ini secara keseluruhan dan jangan hanya tengok klip video yang orang ‘post’, satu dua klip dan kemudian buat kesimpulan sendiri,” katanya.

Kunjungi hospital untuk rawat diri

Dalam perkembangan lain, Ezzanie menerusi media sosialnya, baru-baru ini memuat naik gambarnya berkunjung ke sebuah hospital.

Tanpa berselindung, dia memaklumkan menjalani pemeriksaan susulan berikutan pernah terbabit dalam kemalangan jalan raya pada awal Mac lalu.

Kemalangan di sekitar tempat tinggalnya berlaku sangat pantas apabila bapanya yang memandu kereta mengalami ‘microsleep’ sehingga terlanggar kereta lain.

Dalam kejadian itu, Ezzanie mengalami kecederaan yang agak serius sehingga tidak sedarkan diri dan dimasukkan ke wad untuk rawatan.

“Selepas kemalangan itu, saya tak ada rehat langsung. Saya bekerja ‘back to back’ dan kemudian dapat pula cerita-cerita yang sangat berat, jadi saya tak sempat nak ‘recover’ diri.

“Benda itu sudah beri kesan. Pada masa sama, saya pun aktif main pickleball juga, jadi lutut, bahu saya memang ada masalah. Malah, kepala saya pun sebenarnya masih ada lekuk dan bengkak juga.

“Benda (kecederaan) itu akan makan masa untuk sembuh. Untuk itu, saya kena ‘admit’ diri saya untuk pemeriksaan kesihatan dan juga kondisi badan saya sebab drama ini ada babak lasak.

“Ada babak saya jatuh motor. Masa itu memang ada tilam. Ketika saya jatuh itu, memang saya ‘black out’ dan saya tak boleh bangun, rasa senak dan sakit.

“Saya takut benda itu akan beri kesan sebab saya tengah ‘prepare’ diri untuk satu lagi cerita lain. Jadi saya kena tahulah kondisi diri,” katanya.

Ezzanie mengakui situasi penat dan sakit kepala yang dialaminya sekarang adalah normal kerana dia juga mengalami hentakan kuat di kepala dalam kemalangan itu.

Menurutnya, doktor berpesan supaya dia berehat untuk tempoh dua hingga tiga bulan atau hingga tahun depan, namun mengakui perlu bekerja kerana ia adalah periuk nasi.

“Kita ini tak boleh nak duduk diam sedangkan saya perlu rehat macam betul-betul tak buat apa-apa kecuali kena jalani fisioterapi dan exercise banyak. Itu saja yang dia (doktor) suruh saya buat.

“Tapi itulah mungkin sebab karakter dan kesempatan yang saya dapat untuk selepas ini lagi menarik. Sebab itu saya warded sekejap untuk pemeriksaan untuk mengetahui keadaan diri boleh buat sampai tahap mana.

“Tak nak push diri sampai sakit kan! Sekurang-kurangnya saya tahu had saya dekat mana. Sekarang kalau boleh saya nak cuti sampai pertengahan Disember dan rehat betul-betul, selepas itu kembali bekerja,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news