Skuasy berpasukan wanita hadiahkan emas ketujuh Malaysia

Skuasy berpasukan wanita hadiahkan emas ketujuh Malaysia

MALAYSIA mempertahankan pingat emas acara skuasy berpasukan wanita Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 selepas menewaskan Hong Kong 2-1 dalam aksi final di Nagoya Kinjo Futo Arena pada Jumaat.

Kemenangan itu menyaksikan skuad negara mengulangi kejayaan meraih emas pada edisi 2022 di Hangzhou, China.

Perseorangan pertama negara Aifa Azman menyumbang mata pertama pasukan negara selepas menewaskan Ho Tze Lok 11-9, 11-9 dan 12-10.

Bagaimanapun, Hong Kong menyamakan kedudukan menerusi Chan Sin Yuk yang mengejutkan pemenang pingat emas perseorangan wanita S Sivasangari 7-11, 11-9, 11-9, 5-11, 7-11.

Aira Azman muncul penyelamat apabila melengkapkan kemenangan skuad negara, menundukkan Lee Ka Yi 11-9, 11-5, 11-4 untuk memastikan emas kekal milik Malaysia. – Bernama

Scroll to Top