
Foto Facebook Silmy Karim
JAKARTA – Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah Indonesia (KPK) pada Khamis menahan Timbalan Menteri Imigresen dan Pemasyarakatan, Silmy Karim berhubung siasatan kes disyaki rasuah melibatkan pengeluaran permit tinggal kepada warga asing, lapor Xinhua.
Jurucakap KPK, Budi Prasetyo berkata, tujuh lagi suspek turut dinamakan dalam kes itu, termasuk pegawai semasa dan bekas pegawai Direktorat Jeneral Imigresen.
Agensi antirasuah itu memaklumkan pihaknya telah merampas beberapa aset sebagai bahan bukti, termasuk kenderaan dan logam berharga, selain meneruskan siasatan terhadap kes berkenaan.
Siasatan itu memperluas operasi yang dilancarkan awal minggu ini, yang membawa kepada pengenalpastian suspek tambahan.
Pihak berkuasa mengesyaki rasuah itu melibatkan pemprosesan permit tinggal terhad dan permit tinggal tetap untuk warga asing. – Bernama-Xinhua



