Trump label Venezuela ‘negeri ke-51’ AS

Trump label Venezuela ‘negeri ke-51’ AS
Trump label Venezuela ‘negeri ke-51’ AS

Grafik peta yang dikongsi Trump menerusi platform Truth Social.- Foto Agensi

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkongsi grafik peta memaparkan Venezuela sebagai ‘negeri ke-51’ lengkap dengan bendera kebangsaan.

Catatan provokatif tersebut dimuat naik pemimpin Republikan itu ketika beliau dalam perjalanan ke China untuk menghadiri sidang kemuncak berisiko tinggi.

Tindakan disengajakan itu juga dilakukan sehari selepas pemangku Presiden, Delcy Rodriguez menegaskan Caracas tidak pernah mempertimbangkan keputusan untuk menjadi negeri ke-51 AS meskipun selepas Washington melancarkan rampasan kuasa tidak sah yang menggulingkan bekas Presiden, Nicolas Maduro pada Januari lalu.

Pada awal minggu lalu, Trump menerusi wawancara bersama Fox News dengan selamba menyatakan hasratnya untuk menjadikan negara Amerika Selatan kaya minyak itu sebagai negeri baharu AS.

Caracas kini berada dalam cengkaman Washington selepas ia melaksanakan pembaharuan yang membuka semula sektor perlombongan dan minyak Venezuela kepada syarikat asing terutamanya dari AS.

Puak pembangkang di Caracas terus menuntut agar pilihan raya diadakan, namun Rodriguez masih memberi jawapan yang tidak jelas dan mengelak daripada memberikan kepastian. – AFP

Scroll to Top