Trump ‘tangkap’ makhluk asing

Trump ‘tangkap’ makhluk asing
Trump ‘tangkap’ makhluk asing

Mesej yang cuba disampaikan Trump melalui imej janaan AI itu mencetuskan tanda tanya kepada warganet. – Foto: Agensi

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sekali lagi mencuri tumpuan selepas berkongsi imej janaan teknologi kecerdasan buatan (AI) memaparkan dirinya berjalan di sisi makhluk asing bergari di platform Truth Social.

Perkongsian pada malam Ahad itu bagaimanapun mencetuskan kekeliruan tentang makna sebenar di sebaliknya.

Tindakan Trump menjadi topik perbincangan hangat warganet selepas Jabatan Pertahanan mendedahkan kumpulan pertama fail berkaitan objek terbang tidak dapat dikenal pasti (UFO) pada minggu lalu.

Sejak beberapa dekad lalu, terdapat minat yang tinggi dalam kalangan rakyat Amerika terhadap kemungkinan kewujudan hidupan luar angkasa.

Satu tinjauan YouGov yang dikeluarkan pada November 2025 mendapati 56 peratus responden di Washington percaya makhluk asing pasti atau berkemungkinan wujud manakala 47 peratus percaya ia pasti atau mungkin sudah pernah melawat bumi.

“Apakah sebenarnya yang cuba anda sampaikan @realDonaldTrump? Musim pendedahan atau sekadar troll terbesar dalam sejarah Presiden AS?” menurut komen salah seorang pengguna Truth Social.

Pengguna lain pula menyifatkan hantaran itu sebagai satu gangguan daripada isu kegagalan pentadbiran Rumah Putih.

Trump sengaja tidak memberikan kapsyen untuk menjelaskan maksud imej tersebut.

Pemimpin Republikan itu yang ‘terlampau banyak masa terluang’ turut memuat naik beberapa hantaran lain termasuk dua imej janaan AI menunjukkan dirinya sedang duduk di pusat kawalan seakan kapal angkasa yang menghadap bumi sambil menekan butang merah.

Perkataan Space Force (Pasukan Angkasa Lepas) tertera pada imej itu salah satu skrin di belakangnya tertulis Target destroyed (sasaran dimusnahkan). – Agensi

 

Scroll to Top