“Hampir Nangis Tengok” – Peminat Lega Tengok Bella Astillah Pakai Sopan Selepas Ditegur Soal Pakaian | Oh! Artis – Oh! Media

“Hampir Nangis Tengok” – Peminat Lega Tengok Bella Astillah Pakai Sopan Selepas Ditegur Soal Pakaian | Oh! Artis – Oh! Media

Oh! Artis

Peminat berkata Bella seorang yang lembut hati dan menerima teguran dengan baik.


Di Thread, seorang peminat meluahkan rasa terharu melihat selebriti popular Bella Astillah menerima teguran soal pakaian dengan hati terbuka.

BACA: Netizen Tegur Pemakaian Bella Astillah Yang Dikatakan Agak Seksi?

Menerusi hantaran itu, pemilik akaun Thread bungally901 berkongsi screenshot mesej memaparkan dia menasihati Bella supaya lebih berjaga-jaga soal imej.

Peminat tegur kerana sayang

Individu berkenaan menjelaskan teguran itu disampaikan kerana peminat menyayangi Bella dan berasa sedih setiap kali dia dikecam.

Bella kemudian dilihat membalas mesej tersebut dengan baik dan menjelaskan bahawa ada pakaian yang dipakainya merupakan pemberian daripada orang lain.

Cadang pakai skirt atau seluar pendek dengan seluar

Tidak berhenti di situ, peminat tersebut turut mencadangkan beberapa pilihan pakaian yang boleh digayakan Bella ketika bersukan.

Tegur Bella

Bersama hantaran itu, peminat turut memuat naik video menunjukkan Bella berjoging bersama ibunya. Bella memakai t-shirt putih dan seluar hitam dengan skirt pendek di bahagian luar.

MasyaAllah Tabarakallah. Hampir nangis sis tengok video Bella jogging dengan mamanya ni. Sis berkesempatan ber’dm’ dengan Bella baru ni dan sampaikan teguran dair lubuk hati ni. Dan harini, Bella ambil yang positif. Terima kasih Bella, dia seorang yang lembut hati. Mudah dengar teguran. Insya Allah Bella akan berubah ke arah yang lebih baik. Kita sama-sama doakan. Slowly but surely.

Peminat memuji Bella yang mudah menerima teguran dan seorang yang lembut hati. Dia berharap Bella akan berubah ke arah yang lebih baik.

Pssttt! Bukan semua teguran perlu disampaikan dengan kata-kata kasar atau menjatuhkan maruah seseorang. Cara yang berhemah dan penuh hormat lebih mudah diterima, apatah lagi apabila niatnya benar-benar datang daripada rasa sayang.

Kredit: Thread
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top