Bila sebut tentang gambar potret, siri vivo V pastinya antara jenama yang paling sinonim dan sering menjadi perbualan ramai betul tak?
Dari satu generasi ke satu generasi, siri ini sentiasa menetapkan penanda aras baharu untuk fotografi mudah alih tau.
Baca juga: Pertemuan Anwar-Jinping tumpuan utama hari terakhir lawatan PM di Shenzhen
Jadi, untuk keluaran terbaru mereka kali ini iaitu vivo V80, mereka hadir dengan beberapa ciri baharu menarik serta ciri bantuan kecerdasan buatan (AI) telah dikemas kini yang dapat menjadikan setiap hasil gambar memukau!
Bukan Sekadar Cantik, Gambar Tampak Lebih Berjiwa & Ada Aura
Apabila kami diberi peluang untuk mencuba sendiri mod potret pada vivo V80 buat pertama kali, perbezaan paling ketara adalah pada bagaimana cahaya dan warna diolah untuk menaikkan aura subjek.
Melangkaui sekadar penambahbaikan kosmetik biasa, ia mengekalkan tekstur kulit yang sihat sambil memberikan efek ‘glowing’ yang lembut tau.
Paling ketara, korang boleh tengok sendiri pada hasil gambar yang kami tangkap di bawah cahaya matahari. Sangat jelas dan cantik dengan kesan bokeh yang kemas pada bahagian latar belakang subjek.


Untuk gambar-gambar ini, kami menggunakan mod potret 85mm dan 100mm, dan hasilnya memang terbaik!

Jarak fokal macam ni membuatkan subjek betul-betul ‘timbul’ daripada latar belakang dengan kesan bokeh yang nampak semula jadi tau.
Cahaya matahari pula kena cantik saja dekat muka, membuatkan ekspresi wajah tampak lebih segar, glowing dan penuh tenaga.
Apa yang kami boleh katakan hasil gambar menggunakan mod potret pada vivo V80 ini sememangnya setanding dengan kamera profesional! Memang recommended untuk korang yang meminati atau baru nak berjinak-jinak dalam dunia fotografi.
Tak Cukup Lighting? Jangan Risau, AI Creative Camera Sedia Bantu
Salah satu perkara yang biasa kita hadapi bila nak tangkap gambar yang estetik dan cantik ni adalah kekangan lokasi, cuaca yang tak menentu ataupun objek asing di belakang yang merosakkan mood gambar.
Kadang-kadang gaya dah on-point, tapi bila tengok balik gambar, rasa macam ada sesuatu yang kurang untuk nampak lebih oomph.
Haa, dekat sinilah kehebatan AI Creative Camera pada vivo memainkan peranan.
Ciri ini memudahkan korang untuk menyunting dan mengolah semula gambar secara kreatif, sama ada membuang gangguan di latar belakang mahupun menambah sentuhan artistik baharu supaya setiap foto nampak seakan hasil kerja profesional.

Macam yang korang nampak pada hasil gambar di atas ni, pada awalnya gambar tampak biasa di bawah pencahayaan yang sedikit kurang.
Apabila kami menggunakan ciri AI Creative Camera dengan pilihan Sunlight, ia membantu menjadikan hasil gambar seolah-olah seperti ditangkap pada waktu senja. Cantik kan?
Paling best, bila korang dah tangkap gambar menggunakan AI Creative Camera, korang boleh jana gambar menggunakan pilihan mod lain pula tau. Macam contoh, kami tukar jana gambar dengan pilihan Glow, tampak seperti subjek berteduh di bawah pohon.
Bukan itu saja, percaya ataupun tidak, ciri ini juga sangat membantu kalau korang pergi ke konsert tau.
Biasa kalau pergi konsert, pencahayaan adalah salah satu masalah yang selalu kita hadapi bila nak tangkap gambar betul tak?
Tapi, dengan adanya ciri ini, korang jadikan hasil gambar tampak lebih cantik dan jelas tanpa perlu risau tentang cahaya lampu pentas yang terlalu terang atau suasana dewan yang malap.
Sebenarnya, ada banyak lagi pilihan yang tersedia pada ciri AI Creative Camera yang tak sempat kami nak teroka.
Jadi, kalau korang nak tahu, jangan lupa dapatkan vivo V80 dan cuba sendiri okay!
Rekaan Cukup Memukau, Sesuai Dengan Jiwa Muda
Beralih pula pada bahagian reka bentuk, jujur cakap warna terbaru, Starwish Purple ini memang lain daripada yang lain dan terus mencuri perhatian kami sebaik saja ia dikeluarkan daripada kotak tau.

Kalau korang nak tahu, rekaan pada belakang vivo V80 ini menggunakan teknologi Laser Holographic Lithography, menampilkan rekaan 3D Stellar Design yang boleh dilihat terus dengan mata kasar, memberikan ilusi seakan-akan sebuah galaksi pada permukaan telefon.

Paling menarik, bila peranti ini terkena pancaran cahaya, kilauan bintang dan corak galaksi tersebut akan menyerlah dengan lebih memukau!
Bukan sekadar cantik dipandang, binaan yang dinaik taraf ini juga memberikan rasa pegangan yang sangat premium dan selesa.
Rekaannya nampak ringan, kemas dan elegan tanpa terasa licin. Permukaannya pula terasa lembut apabila disentuh dan paling penting, ia tidak mudah memerangkap habuk atau kesan cap jari, jadi telefon korang akan sentiasa nampak bersih dan bergaya sepanjang hari.
Naik Taraf Gaya & Hasil Gambar Potret Hari Ini
Pendek kata, daripada hasil tangkapan potret 85mm dan 100mm yang cantik, ciri AI pintar yang dapat membantu menambah seri dan nilai estetika pada gambar, sehinggalah ke rekaan yang memukau, semuanya lengkap dalam satu peranti.
Kalau korang nak tahu, vivo V80 ini dilengkapi dengan bateri sebesar 7,800mAh dan pengecasan pantas 90W tau. Jadi, korang tak perlu risau tentang isu bateri cepat habis.
Selain itu, ia juga dilengkapi dengan 3D Ultrasonic Fingerprint Scanning 2.0 yang membolehkan korang menyahkunci skrin dalam sekelip mata dengan tahap keselamatan yang lebih tinggi.
Walaupun jari korang sedikit basah atau berpeluh, pengimbas ini tetap dapat mengesan cap jari dengan pantas dan tepat, memang memudahkan urusan seharian!
Jadi, kalau korang memang tengah cari telefon pintar yang dapat memberikan kepuasan untuk menangkap gambar, vivo V80 adalah pilihan yang tepat.
Korang boleh dapatkan telefon pintar ini pada harga RM2,399 melalui laman web rasmi vivo, kedai rasmi atau pengedar sah berdekatan.
Maklumat lanjut, layari laman web rasmi vivo atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram untuk update terkini.
The post Kami Cuba Mod Potret 80mm & 100mm Pada vivo V80 & Hasilnya Sangat Memukau! appeared first on Oh! Media.