Nak rakyat berjalan kaki? Pastikan selamat! Hannah Yeoh turun audit laluan pejalan kaki Kampong Bharu

Nak rakyat berjalan kaki? Pastikan selamat! Hannah Yeoh turun audit laluan pejalan kaki Kampong Bharu

Laluan pejalan kaki di Kampong Bharu perlu dipastikan selamat dan mudah digunakan semua golongan, khususnya warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan kanak-kanak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, perkara itu penting sekiranya usaha menggalakkan rakyat berjalan kaki mahu dilaksanakan.

Nak rakyat berjalan kaki? Pastikan selamat! Hannah Yeoh turun audit laluan pejalan kaki Kampong Bharu

“Kalau kita mahu rakyat berjalan kaki, kita mesti pastikan mereka boleh berjalan dengan selamat.
“Saya turun melakukan audit laluan pejalan kaki di Kampong Bharu untuk melihat sendiri keadaan yang dihadapi pengguna.
“Laluan yang terputus, sempit atau tidak rata mungkin nampak seperti masalah kecil tetapi kepada warga emas, OKU, kanak-kanak dan keluarga, ia menentukan sama ada bandar ini benar-benar boleh digunakan.

Artikel lain: “Kita bukan sekadar memelihara bangunan” – Hannah Yeoh mahu sejarah Kuala Lumpur terus bernyawa

“Bandar yang baik bukan hanya mudah dipandu. Ia mesti mudah dilalui,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan audit laluan pejalan kaki di Kampong Bharu bagi menilai keadaan kemudahan berkenaan dari perspektif pengguna.

Sumber: FB Hannah Yeoh

Scroll to Top