Oh! Tidak
Penghantar barang ditahan polis selepas dikaitkan dengan kes dompet hilang RM10,000 di pasar raya Semenyih.
Seorang penghantar barang akhirnya ditahan polis selepas dikaitkan dengan kejadian kehilangan wang tunai RM10,000 daripada sebuah dompet di pasar raya di Semenyih.
Kes ini mula jadi perhatian ramai selepas satu rakaman video tular di TikTok, memaparkan seorang wanita warga China mendakwa dompetnya dipulangkan tetapi wang tunai di dalamnya sudah lesap.
Dompet dipulangkan tapi wang hilang

Dalam video berdurasi tujuh minit 11 saat itu, wanita berkenaan mendakwa dompet miliknya hilang ketika berada di sebuah pasar raya.
Dia kemudian bertemu seorang lelaki yang mendakwa menemukan dompet tersebut dan memulangkannya semula. Namun, lelaki itu menafikan ada mengambil wang tunai yang dilaporkan hilang.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 9.37 malam kelmarin.
Suspek ditahan awal pagi

Naazron berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 3 petang di sebuah pasar raya di Semenyih sebelum video berkaitan insiden itu tular di TikTok.
Susulan siasatan dijalankan, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menahan seorang lelaki berusia 37 tahun pada jam 1 pagi semalam.
Suspek yang bekerja sebagai penghantar barang direman selama empat hari bagi membantu siasatan.- Katanya.
Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.
Dalam masa sama, polis turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah supaya menghubungi talian kecemasan 999 atau Pusat Kawalan IPD Kajang di talian 03-89114243.
Pssttt! Kadang-kadang benda yang orang jumpa bukan bermaksud boleh ambil apa yang ada di dalamnya. Kalau terjumpa barang orang, paling selamat serahkan kepada pihak berkuasa atau pengurusan premis. Jangan kerana duit, hidup sendiri pula jadi kelam-kabut.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




