Bekas isteri kepada penyanyi Nubhan, iaitu Dr Fie Tawfek memaklumkan beliau masih belum menerima butiran lanjut berkaitan prosiding komital yang difailkan oleh bekas suaminya terhadap dirinya.
Isu ini sekali gus menarik perhatian ramai apabila ia turut memberi kesan kepada kehidupan harian Dr Fie sebagai seorang doktor gigi dan ibu.
“Ya Allah lindungi anakku” – Ibu Dr Fie

Menerusi Instagram, ibu kepada Dr Fie iaitu Dr Zailah Zainuddin tampil memberi sokongan moral kepada anaknya menerusi satu hantaran di Instagram.
Mohon doakan anakanda sy @drfietawfek kuat dengan ujian ini. Ya ALLAH lindungilah anakku daripada segala niat jahat, daripada pandangan yang dengki dan daripada segala kejahatan yang tersembunyi mahupun yang nyata.. aaaminn Robbi Yassir,
Menerusi hantaran itu, beliau turut berharap agar anaknya terus diberikan kekuatan menghadapi ujian yang sedang dilalui.
Dr Fie akui terganggu dengan tindakan undang-undang

Dr Fie dalam masa sama mengakui bahawa tindakan undang-undang tersebut turut memberi kesan kepada rutin harian serta pengurusan anak-anaknya.
Untuk rekod, Dr Fie dan Nubhan telah bercerai talak dua selepas 10 tahun perkahwinan.
Talak pertama dilafazkan pada tahun 2017, manakala talak kedua pada Ogos 2025, sebelum perceraian mereka disahkan oleh Mahkamah Syariah Sepang pada 2 Disember lalu.
Pssttt! Ujian hidup datang dalam pelbagai bentuk. Yang penting, kekuatan diri dan sokongan keluarga sering menjadi penenang di saat paling mencabar.
Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




