Catcha Digital Catat Pertumbuhan Untung 128 Peratus Pada Q1 FY2026

Catcha Digital Catat Pertumbuhan Untung 128 Peratus Pada Q1 FY2026

Oh! Bisnes

Catcha Digital catat untung naik 128% pada Q1 FY2026, dipacu segmen media digital dan pemerolehan strategik.


Catcha Digital Berhad mencatat prestasi kukuh bagi suku pertama tahun kewangan 2026 apabila adjusted PATAMI syarikat meningkat 128% tahun ke tahun kepada RM2.85 juta.

Bukan itu sahaja, syarikat turut merekodkan pendapatan RM26.27 juta bagi Q1 FY2026, meningkat 177% berbanding tempoh sama tahun sebelumnya. Memang nampak jelas, strategi pengembangan mereka mula membuahkan hasil. 

Prestasi kewangan Catcha Digital terus kukuh

Kredit Foto Catcha Digital

Bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2026, Catcha Digital turut mencatat adjusted EBITDA sebanyak RM5.73 juta, naik 215% tahun ke tahun.

Syarikat juga merekodkan adjusted EPS sebanyak 0.62 sen, meningkat 35% berbanding Q1 FY2025. Setakat 31 Mac 2026, kumpulan itu mempunyai tunai dan setara tunai sebanyak RM24.4 juta. 

Eric Tan
Kredit Foto Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Catcha Digital Eric Tan

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Catcha Digital, Eric Tan berkata Q1 FY2026 merupakan suku yang penting buat syarikat itu selepas perniagaan yang diambil alih pada tahun 2025 mula mempercepatkan pertumbuhan kumpulan.

Q1 FY2026 was a landmark quarter for Catcha Digital where we achieve remarkable financial performance, driven by the businesses we acquired in 2025 now accelerating the growth of the Group.- Katanya.

Media digital jadi pemacu utama

Kredit Foto Catcha Digital

Segmen media digital menjadi penyumbang utama kepada kenaikan pendapatan kumpulan sebanyak 177% tahun ke tahun.

Segmen itu mencatat pendapatan RM25.64 juta pada Q1 FY2026, meningkat 178% berbanding tahun sebelumnya. Ia turut menyumbang adjusted EBITDA sebanyak RM7.02 juta dan adjusted PATAMI sebanyak RM3.93 juta.

Menurut Catcha Digital, prestasi itu datang daripada gabungan momentum organik serta sumbangan pendapatan daripada lima pemerolehan yang diselesaikan untuk segmen media digital selepas 31 Mac 2025. 

Pemerolehan MIFB kukuhkan cabang expo

Catcha 2
Kredit Foto Catcha Digital

Dalam Q1 FY2026, Catcha Digital turut melengkapkan pemerolehan 100% kepentingan ekuiti dalam ExpoCO Sdn Bhd, penganjur Malaysian International Food and Beverage Trade Fair atau MIFB.

Menerusi pemerolehan itu, MIFB kini menjadi pameran utama ketiga di bawah cabang B2B Expo kumpulan, bersama Agri Malaysia dan MBAM OneBuild.

Langkah ini dijangka mengukuhkan lagi kedudukan Catcha Digital sebagai platform expo B2B utama di Malaysia, terutama dalam sektor makanan dan minuman. 

Lapan pemerolehan dalam 15 bulan

Patrick
Pengerusi Catcha Digital Patrick Grove

Pengerusi Catcha Digital, Patrick Grove berkata kumpulan itu kini mempunyai portfolio yang lebih kukuh merangkumi tiga vertical utama iaitu media digital, B2B expo dan penyelesaian IT.

With the completion of our MIFB acquisition, we now have a strong and growing portfolio of market-leading businesses across three verticals.- Katanya.

Catcha Digital telah melengkapkan tujuh pemerolehan pada tahun 2025 dan satu lagi pemerolehan pada Q1 FY2026. Semua pemerolehan itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan kumpulan. 

Kedudukan modal bantu strategi pertumbuhan

Catcha Group Director Resized 2
Pengerusi Catcha Digital Patrick Grove

Pengembangan Catcha Digital turut disokong oleh kedudukan modal yang kukuh, termasuk kemudahan kredit pusingan bernilai RM35 juta bersama Affin Hwang Investment Bank Berhad.

Syarikat juga mempunyai potensi untuk mengumpul sehingga RM73 juta lagi sekiranya waran tertunggak yang diterbitkan di bawah Rights Issue pada 2025 dilaksanakan sepenuhnya.

Namun, kumpulan itu memaklumkan hasil waran tersebut kekal sebagai sumber simpanan, manakala pertumbuhan masih akan diutamakan melalui aliran tunai operasi, hutang dan seterusnya ekuiti. 

Pssttt! Dalam dunia bisnes, pertumbuhan besar macam ni memang nampak gah, tapi yang paling penting ialah strategi jangka panjang dan pengurusan kewangan yang tersusun. Bila pemerolehan dibuat dengan disiplin dan perniagaan sedia ada terus berkembang, barulah syarikat boleh bina asas yang lebih kukuh untuk masa depan.

Kredit: Catcha Digital
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top