“Balik Sekolah Terus Tanya Baby” – Isteri Achey Buat IVF Kali Kedua, Takut Tiara Terlalu Berharap

“Balik Sekolah Terus Tanya Baby” – Isteri Achey Buat IVF Kali Kedua, Takut Tiara Terlalu Berharap

Oh! Artis

Isteri Achey kini membuat rawatan IVF kali kedua selepas gagal pada 2022.


Luahan isteri pelawak Achey, Anne, mengenai anak mereka, Tiara, mengundang rasa sebak apabila kanak-kanak itu dikatakan terus bertanya tentang bayi sebaik pulang dari sekolah.

Menerusi perkongsian di Instagram, Anne mengakui dia bimbang Tiara terlalu berharap untuk mendapat seorang adik kerana tidak mahu anaknya kembali kecewa seperti pengalaman sebelum ini.

Takut Tiara kecewa lagi

Anne turut terkenang pengalaman pada tahun 2022 apabila usaha mereka untuk mendapatkan cahaya mata tidak menjadi kenyataan.

Ketika itu Tiara terlalu sedih sehingga tak mahu makan.

Dalam perkongsian sama, Anne memberi jaminan bahawa dia dan Achey akan terus berusaha selagi termampu untuk memenuhi impian Tiara yang begitu mengharapkan kehadiran seorang adik.

Isteri Achey buat IVF kali kedua

1481

Terdahulu, Achey memaklumkan isterinya kini sedang menjalani rawatan pensenyawaan in-vitro atau IVF kali kedua sejak Mei lalu.

Sepanjang menjalani rawatan tersebut, Anne tidak boleh melakukan sebarang aktiviti lasak dan perlu lebih berhati-hati kerana sudah mengetahui proses yang bakal dilaluinya.

Anne turut terkejut apabila selera makannya semakin bertambah sejak akhir-akhir ini walaupun pernah menjalani pembedahan bariatrik.

Sementara itu, Achey meminta orang ramai mendoakan agar proses rawatan IVF kali kedua yang dijalani isterinya berjalan lancar.

Pssttt! Bukan mudah untuk Anne dan Achey melalui proses ini, apatah lagi apabila Tiara begitu mengharapkan kehadiran seorang adik. Semoga segala urusan keluarga ini dipermudahkan dan mereka menerima khabar gembira yang dinantikan.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top