Isuzu Malaysia terus memperkukuh kedudukan dalam segmen pikap dengan memperkenalkan 2026 Isuzu D-MAX baharu yang tampil dengan peningkatan ketara dari segi prestasi, kecekapan serta keselesaan.
Melalui pengenalan Whole New Generation Isuzu D-MAX 2.2L Turbocharged Diesel Engine, model ini dilihat sebagai pilihan lebih relevan buat pengguna moden.
Ia memenuhi keperluan pengguna yang mahukan kenderaan serba boleh sama ada untuk kegunaan harian mahupun operasi perniagaan.
Apa yang menarik, model Isuzu D-MAX 2.2L TD 4×4 AT Premium bukan sekadar menawarkan imej lasak, sebaliknya hadir dengan pakej lebih seimbang antara kuasa enjin, penjimatan kos serta keselesaan dalaman yang dipertingkatkan.
Pemanduan lebih lancar dan responsif
Dari sudut prestasi, enjin diesel turbo 2.2L serba baharu menjadi nadi utama yang memberikan kuasa maksimum 163 PS serta tork setinggi 400 Nm.
Keupayaan ini membuktikan enjin berkapasiti kompak juga mampu menghasilkan implikasi kuasa yang besar dan bertenaga.
Menariknya, enjin baharu ini turut mematuhi piawaian pelepasan Euro 5 serta serasi dengan penggunaan biodiesel B20, menjadikannya lebih mesra alam dan relevan dengan keperluan pasaran semasa.
Berbanding enjin 1.9L sebelum ini, enjin diesel turbo 2.2L baharu ini menawarkan peningkatan sehingga 56 peratus dari segi tork permulaan.
Kelebihan ketara ini dapat dirasai terutama ketika memulakan perjalanan, membawa muatan berat atau memandu di laluan mencabar.
Dalam masa sama, gabungan enjin kompak ini turut membantu meningkatkan kecekapan bahan api sehingga lima peratus, sekali gus menjadikan kos penggunaan harian lebih rendah.
Transmisi lapan kelajuan
Keupayaan transmisi lapan kelajuan ini juga memberi pengalaman pemanduan lebih senyap dan stabil, khususnya ketika berada dalam kesesakan trafik atau memandu di lebuh raya.
Peralihan gear yang lebih halus mengurangkan tekanan terhadap enjin, sekali gus membantu mengekalkan prestasi optimum dalam pelbagai situasi.
Selain itu, sistem Idle Stop Start (ISS) turut memainkan peranan penting dalam menjimatkan bahan api dengan mematikan enjin secara automatik ketika kenderaan berhenti seketika.
Bagi pengguna di Malaysia, satu lagi kelebihan lain yang tidak boleh diabaikan ialah logik kewangan jangka panjang.
Melalui kapasiti enjin diesel turbo 2.2L, pemilik dapat menikmati kadar cukai jalan tahunan yang lebih murah dan menjimatkan, walaupun kenderaan ini menawarkan prestasi serta kuasa yang setanding dengan enjin berkapasiti lebih besar.
Lebih moden dan premium
Dari sudut keselesaan, Isuzu D-MAX 2.2L TD 4×4 AT Premium tampil dengan kabin yang lebih moden dan premium.
Antara yang menjadi tumpuan ialah sistem infotainment bersaiz 10 inci yang menyokong sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, sekali gus memudahkan integrasi telefon pintar secara lebih lancar ketika pemanduan.
Reka bentuk dalaman turut dipertingkatkan menerusi penggunaan tempat duduk balutan kombinasi kulit berwarna hitam dengan rekaan baharu, sekali gus memberikan sentuhan lebih eksklusif.
Sementara itu, dari aspek luaran, 2026 Isuzu D-MAX baharu, tampil dengan rekaan lebih segar termasuk lampu hadapan LED dengan identiti baharu serta rim aloi 18 inci dengan rekaan lebih moden.
Reka bentuk bahagian hadapan turut menampilkan kemasan baharu pada bezel lampu kabus, di samping mengekalkan elemen aliran udara yang membantu mengurangkan rintangan angin.
Pelbagai aspek keselamatan
Ciri tailgate assist yang kini ditawarkan sebagai standard bagi varian double cab memudahkan pengguna membuka dan menutup pintu belakang dengan lebih ringan dan selamat.
Dalam aspek keselamatan, model ini dilengkapi pelbagai sistem bantuan pemandu termasuk Blind Spot Monitor(BSM) dan Rear Cross Traffic Alert (RCTA) yang membantu meningkatkan tahap kesedaran pemandu terhadap persekitaran. Selain itu, model ini turut dilengkapi enam beg udara sebagai perlindungan tambahan bagi penumpang.
Selain itu, sistem 360 darjah Around View Monitor(AVM) memudahkan proses parkir terutama di kawasan sempit, manakala Digital Video Recorder(DVR) terbina dalam memberi ketenangan minda tambahan kepada pengguna.
Tidak ketinggalan, keupayaan off road turut menjadi kekuatan utama Isuzu D-MAX.
Sesuai untuk semua kegunaan
Dengan ciri seperti Rough Terrain Mode, Rear Differential Lock serta sistem pacuan empat roda Terrain Command, model ini mampu mengharungi pelbagai keadaan permukaan jalan dengan lebih yakin.
Keupayaan meredah air sehingga kedalaman 800 milimeter memberi keyakinan tambahan ketika berdepan jalan bandar yang dinaiki air akibat banjir kilat mahupun laluan mencabar merentasi sungai.
Menariknya, model ini bukan sahaja mampu menggalas tugasan lasak sepanjang minggu seperti di tapak pembinaan atau laluan mencabar, malah tetap menawarkan keselesaan dan kepraktisan untuk kegunaan harian keluarga mahupun aktiviti riadah pada hujung minggu.
Ini menjadikannya pilihan praktikal bagi mereka yang mahukan sebuah kenderaan serba lengkap tanpa perlu berkompromi dari segi keselesaan atau kos operasi.
Dengan harga bermula RM141,821.20 tanpa insurans di Semenanjung Malaysia, Isuzu D-MAX 2.2L TD 4×4 AT Premium dilihat menawarkan nilai yang kompetitif dalam segmennya.
Tambahan pula, setiap pembelian dilindungi jaminan selama lima tahun atau 150,000 kilometer, serta disertakan pakej servis penyelenggaraan berkala percuma selama dua tahun, sekali gus memberikan keyakinan kepada pengguna untuk jangka masa panjang.
Alami sendiri kehebatan enjin diesel turbo 2.2L baharu dan kelancaran transmisi automatik lapan kelajuan Isuzu D-MAX.
Klik di sini untuk menempah sesi pandu uji atau dapatkan sebut harga perniagaan anda sekarang.
© New Straits Times Press (M) Bhd

